Pembaca Setia

Sunday, July 24, 2016

SEJARAH PENJINAKAN HAIWAN KENDERAAN MENURUT SURAH AZ ZUKHRUF


SEJARAH PENJINAKAN HAIWAN KENDERAAN MENURUT SURAH AZ ZUKHRUF
Muhammad Nuruddin Bashah
Bc Hons Eng UM

Kenderaan adalah suatu keperluan manusia untuk bergerak seiring dengan naluri manusiawi yang suka berkenal-kenalan, berineraksi, bermuamalah dan mengurus kehidupan.

Sejarah kenderaan manusia bermula dengan penemuan roda pada sekitar 3500 tahun sebelum masehi yang digunakan untuk mempermudah memindahkan suatu barang.

Tahun
Temuan
3500 SM
Penemuan roda, sebagai cikal bakal transportasi modern
3500 SM
Kapal pertama sekali dikembangkan
2000 SM
Kuda digunakan oleh manusia untuk transportasi
770
Sepatu kuda digunakan untuk pertama sekali


Kenderaan paling asas dalam sejarah manusia menurut Al Quran adalah kapal dan kenderaan berasas haiwan sejajar dengan penceritaan dalam Al Quran sendiri. Kata Allah dalam Az Zukhruf ayat 12,

وَالَّذِي خَلَقَ الْأَزْوَاجَ كُلَّهَا وَجَعَلَ لَكُمْ مِنَ الْفُلْكِ وَالْأَنْعَامِ مَا تَرْكَبُونَ

Dan Yang menciptakan semua yang berpasang-pasangan dan menjadikan untukmu kapal dan binatang ternak yang kamu tunggangi.

Menurut Prof Hamka dalam Tafsir Al Azhar Jilid 9, ayat ini menunjukkan betapa pentingnya perhubungan laut dan darat. Ketika Al Quran diturunkan kenderaan yang ada hanya haiwan ternakan serta kapal-kapal.

Allah juga menjelaskan betapa kenderaan adalah suatu nikmat antara nikmat-nikmtNYa yang cukup banyak. Allah meminta hambaNya untuk bertasbih dan berdoa semasa menggunakan kenderaan seperti ayat di bawah.

Surat Az- Zukhruf ayat 13-14

ﺳُﺒْﺤَﺎﻥَ ﺍﻟَّﺬِﻱ ﺳَﺨَّﺮَ ﻟَﻨَﺎ ﻫَﺬَﺍ ﻭَﻣَﺎ ﻛُﻨَّﺎ ﻟَﻪُ ﻣُﻘْﺮِﻧِﻴﻦَ ﻭَﺇِﻧَّﺎ ﺇِﻟَﻰ ﺭَﺑِّﻨَﺎ

Maha Suci (Tuhan) yang telah menundukkan semua ini bagi kami padahal kami sebelumnya tidak mampu menguasainya dan sesungguhnya kami akan kembali kepada Tuhan kami.

Ayat doa ini juga menjelaskan suatu kemajuan dalam tamadun manusia iaitu menjinakkan haiwan. Haiwan dijadikan oleh Allah bukan dalam keadaan jinak kerana haiwan tidak memerlukan manusia untuk hidup sebaliknya manusialah yang memerlukan haiwan untuk ditunggangi atau dijadikan haiwan kesayangan.

Mulanya diburu kemudian dijinakkan

Menurut laman http://factsanddetails.com/ nenek moyang haiwan ternakan asalnya diburu. Dengan pembangunan pertanian kampung awal telah dibina di kawasan di mana bijirin telah dimakan oleh manusia dan binatang semakin. Ia telah teori bahawa haiwan sebenarnya datang ke pemburu dan pemburu tidak lagi berkeliaran dari tempat ke tempat untuk mencari haiwan. Akhirnya dengan sumber pertanian yang menjadi makanan haiwan ianya menjadi mediaum penjinakan haiwan yang akhirnya mencetus idea menjadikan mereka kenderaan pula.

Penemuan fosil membuktikan hubungan antara manusia dan haiwan wujud sejak setengah juta tahun dahulu. Walau bagaimanapun, hubungan manusia dengan haiwan perlu dimulakan dalam konteks keagamaan. Begitu banyak kisah yang disebutkan oleh Allah swt dalam Al-Quran tentang bagaimana manusia telah dan perlu belajar dari makhluk yang lebih rendah daripadanya, iaitu haiwan. Haiwan boleh menjadi sumber makanan kepada manusia, membekalkan bahan untuk pakaian dan perlindungan, perhiasan, pertanian, pengangkutan sehinggalah kepada ubat-ubatan, farmaseutikal dan sebagainya.

Antara haiwan yang sinonim sebagai kenderaan manusia pra sejarah adalah kuda, unta, lembu dan gajah.


Penjinakan unta
Istilah dalam Al Quran untuk membezakan jenis unta menunjukkan ada zaman unta tidak dapat dijinakkan manakala ada zaman unta dijinakkan. Jamal bermakna unta. Ibil bermakna unta yang sudah boleh ditunggang (rujuk surah al-Ghaashiyah).

Unta (bahasa Inggeris: camel) ialah mana-mana satu daripada dua spesies ungulat yang mempunyai bilangan jari kaki yang genap dalam genus Camelus, iaitu:
Camelus dromedarius (bonggol tunggal) yang terdapat di Afrika utara dan Asia barat;
Camelus bactrianus (bonggol kembar) yang terdapat lebih jauh di utara dan timur Asia tengah.
Kedua-dua jenis berasal dari gurun dan kawasan kering Asia dan Afrika utara.
Wikipedia mencatatkan manusia membela jinak unta lebih kurang 5,000 tahun dahulu.
Namun begitu Dr. Afareez Abd Razak Al-Hafiz dalam bukunya bertajuk Misteri Firaun Musuh Para Nabi, menyatakan untu belum lagi dijinakkan pada zaman Nabi Yusuf (sekitar 1500 SM) dan Nabi Musa (sekitar 1260 SM) sebaliknya unta hanya dijinakkan semasa pemerintahan Rom di Mesir. (sekitar 300 SM). Unta dijinakkan lewat berbanding kuda.

Dalam Bible pula menyatakan unta adalah salah satu haiwan peliharaan yang diperolehi Nabi Ibrahim daripada Firaun. (Kejadian 12:16) Sewaktu hamba Ibrahim mengadakan perjalanan jauh ke Mesopotamia, ia mengambil sepuluh unta dari antara unta-unta majikannya dan hal ini dipercayai sekitar tahun 1900 SM.

Ada yang tidak setuju dengan hal ini. New International Version Archaeological Study Bible melaporkan, Para pakar memperdebatkan pernyataan tentang unta ini dari segi sejarah kerana kebanyakan berpendapat bahawa haiwan ini rancak dijadikan haiwan peliharaan kira-kira pada 1200 SM, lama setelah zaman Ibrahim (iaitu sekitar 1800 SM).

Tetapi, para pakar lain berpendapat bahawa meskipun unta mulai marak dijinakkan sekitar 1200 SM, hal ini tidak berarti bahawa binatang ini tidak digunakan sebelum waktu itu. Ia adalah haiwan liar yang diburu untuk makanan dan kulit sama seperti rusa di zaman moden ini.

Di Mesopotamia, daftar bertulisan paku mencatat perkataan unta dan ada beberapa cap bergambar unta, yang menunjukkan bahawa haiwan ini mungkin sudah ada di Mesopotamia sekitar 1900 SM”, iaitu pada zaman Nabi Ibrahim (Abraham).

Dalam penetian tersebut, sisa radiokarbon menunjukkan orang Israel menjinakkan unta sejak abad ke-12 hingga ke-9 SM. Menurut Dr Erez Ben dan Dr Lidar Sapir dari Tel Aviv University's Department of Archaeology And Near Eastern Cultures, kemasukan unta di wilayah Israel merupakan awal pembangunan ekonomi dan sosial, karena kesannya a sangat penting bagi kemajuan kota. Dari sampel analisis bukti arkeologi dan temuan lokasi produksi tembaga di Lembah Aravah, mereka memperkirakan tanggal awal penjinakkan unta.

Buku Civilizations of the Ancient Near East menyatakan sebaliknya. Menurut pengarang, terdapat bukti menunjukkan bahawa penjinakan unta sudah dilakukan di Arab tenggara sekitar 3000 [SM]. Awalnya, itu mungkin diternakkan untuk diambil susu, bulu, kulit, dan dagingnya, tetapi kemudian manusia mulai menyadari bahawa unta dapat juga digunakan sebagai binatang beban. Disebutkannya 3000 SM, jauh sebelum zaman Nabi Ibrahim (zaman Nabi Ibrahim sekitar 1800 SM), menurut buku ini ianya didukung oleh sisa-sisa tulang dan penemuan arkeologi lainnya.

Penjinakan kuda
Sekitar 3000SM Tamadun Sumeria dan Mesopotamia sedang berkembang. Kota-kota yang utama ialah Ur, Urech dan Kish. Pemerintah wujud dalam bentuk negara kota. Orang Sumeria adalah kaum yang pertama menggunakan roda dan dipercayai kuda mungkin dijinak ketika ini di Eurasia/Kaukasus.

Para peneliti di Universita Cambridge mengatakan kuda diternakkan, dilatih dan dikelola untuk penggunaan domestik di kawasan yang sekarang dikenal sebagai Ukraina, Rusia barat daya dan Kazakhtan barat, daerah yang disebut sebagai padang rumput Eurasia.

Bukti arkeologi yang mendukung teori itu telah lama ada, tetapi tidak ada data genetik untuk menyokongnya. Studi-studi genetik menunjukkan sejumlah besar garis keturunan kuda betina dalam kelompok kuda domestik, yang menunjukkan bahawa penjinakan kuda terjadi dalam wilayah geografi yang luas.

Para peneliti dari Cambridge yakin mereka telah menyelesaikan misteri tersebut. Mereka mengatakan spesis kuda liar Equus Ferus, berasal dari Asia Timur dipelihara di padang rumput Eurasia barat sekitar 5.500 tahun yang lalu.

Menurut National Geographic kuda sudah menjadi binatang jinak bagi manusia sejak 6.000 tahun lalu. Hasil penelitian genetik menunjukkan, kuda pertama kali ditaklukkan manusia di Ukraina, barat daya Rusia, dan di bagian barat Kazakhstan.

Secara kesimpulannya Al Quran telah menceritakan secara umum tanpa tarikh dan hanya ada penunuk istilah untuk menggambarkan betapa pentingnya kejadia haiwan dalam sosio kehidupan manusia. Allah menghendaki kita bertasbih menyucikanNya atas kehebatan menjadikan haiwan sebagai kenderaan manusia dahulu hingga selamanya.

Rujukan











Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...