Pembaca Setia

Sunday, November 29, 2015

PARIS ATTACK; APA SIKAP UMAT ISLAM?


PARIS ATTACK; APA SIKAP UMAT ISLAM?
Muhammad Nuruddin Bashah

“Perancis satu bandar lama di mana pencinta mampu berdakapan bebas1.” Demikian respon kartunis Charlie Hebdo sejurus selepas tragedi yang cukup menakutkan rakyat Paris 13 November lalu. Respon rakyat, jangan hilangkan keamanan di Paris. Aman bagi terminologi sekularis Paris (yang pertama berjaya ditakluki Freemason melalui Revolusi Perancis abad ke-18) adalah bebas melakukan apa sahaja termasuk di sebalik kamar. Mengebom Paris umpama mencarik keamanan Paris.

Perancis memang diakui ada banyak dosanya terhadap dunia Islam. Dari konspirasi menjahanamkan politik Islam di Mali sehinggalah persekongkolan Perancis dalam ketumbukan NATO untuk menjadikan Syria padang jarak padang terkukur. Namun itu bukan ‘illat utama yang syariy untuk umat Ilam yang mengaku Islam untuk mengebom bumi Perancis dengan megorbankan orang awam yang tidak berdosa.

Perancis sebagaimana NATO yang lain (kecuali Turki dan seangkatan) tturut sibuk menyertai Amerika dan Rusia untuk masuk campur dalam konflik di Syria. Cek kosong mereka juga sama walaupun berlainan blok pemikiran iaitu alasan menghapuskan ISIL yang tidak tahu jalur sanad kewujudannya.

Perancis yang juga pro kepada Israel turut berperanan untuk menjadi penghadang dan pelindung kepada Negara Haram Israel. Jadi mudah kata Paris Attack yang juga lakonan ala Hollywood tajaan Yahudi Amerika berjuan menjadi pencetus semangat atau papan sasar baru untuk menyemarak kempen campur tangan di Syria yang sebenarnya memberi kelebihan kepada negara haram Israel.

IS atau ISIS atau ISIL jelasnya menjadi alat untuk Yahudi antarabangsa merealisasikan hasrat lama mereka mewujudkan Israel Raya yang merangkumi seluruh bumi Syam, bumi Baylon dan Parsi.

Kembali kepada isu pengeboman orang awam di Paris atau Paris Attack. Pihak manakah yang sebenarnya untung dengan Tragedi Paris Attack?

Dalam tindakan teroris yang menggempar ibukota Perancis, Jumaat malam, 13 November 2015, yang membunuh tidak kurang dari 153 orang dalam tujuh kali serangan, baik tembakan mahupun bom manusia, Dunia Islam dan kaum Muslim jelas tidak beruntung2. Ia cukup meresahkan pelbagai pihak termasuk pihak Barat yang lunak serta giat merencana perancangan memperbaiki hubungan inter-agama di Barat.

Seperti dijangka tidak lama selepas keganasan berlaku, beberapa lokasi pelarian warga Syria di Perancis menerima serangan balas serangan. Kem pelarian menjadi ‘punching bag’ dalam hal ini.

Dengan bangganya ISIS pula mengakui dan menyatakan bertanggungjawab atas terjadinya serangan tersebut? Lebih menambah ‘perisa’ apabila ISIS (yang dipercayai kuat sebagai agen Yahudi-Amerika) dikatakan mengancam jika Perancis masih tetap mengebom rakyat Syria maka ISIS akan melakukan serangan yang kedua. Pertanyaannya, ISIS juga mengebom rakyat Syria? Siapa mampu tabayyun yang mana satu ISIS yang mana satu mujahdin sejati yang pertahan pelarian rakyat Syria yang tertindas?

ISIS pelakon filem jenayah tajaan Yahudi antarabangsa
Sudio-studio seperti Hollywood sangat mudah membuat film-film penyiksaan ala ISIS dan menyiarkannya ke seluruh dunia. Cari sahaja di youtube kata kunci: “ISIS Hollywood studio”, maka akan muncul banyak video berkaitan.

Lihat persoalan wartawan senior Al-Jazeera, Dr. Faisal Al-Qassim. Kata beliau jika benar ISIS yang melakukan Paris Attack mereka (ISIS) menyerang Perancis yang mendukung rakyat di Syria? (ISIS kononnya membela rakyat Syria sunni dan memerangi Syiah-Basyar) Kenapa mereka (ISIS) tidak menyerang Iran yang jelas mendukung regim Basyar Al-Assad?”

Siapa yang untung dari tragedi berdarah ini?

  1. Pertama, kaum radikal dan ultranasionalisme Eropah, atau golongan Islamopobia, yang selama ini menolak untuk menolong para pelarian Syria di Eropah. Dengan adanya Paris Attack, maka mereka sekarang memiliki dalih yang kuat untuk semakin menolak kehadiran pelarian Syria.
  2. Kedua, semua negara yang tidak menyukai syariat Islam dan memusuhi para mujahidin. Maka dengan adanya Paris Attack, mereka merasa punya alasan kuat untuk lebih membenci Islam, mengkritik syariat dan yang memiliki kuasa pula akan terus membantai umat Islam, walau di banyak kes mereka tidak memerlukan dalil apa pun untuk membunuh kaum Muslimin.
  3. Ketiga, Basyar al-Assad dan sekutunya, di mana mereka akan menggunakan kejadian ini sebagai pijakan untuk semakin menindas menzalimi kaum Islam sunni Syria.

Yang rugi tetap umat Islam seluruhnya.

Perancis pula kini akan erat menjalin hubungan dengan blok berlawanan NATO iaitu dengan Rusia sendiri untuk membantai ISIS walaupun secara sifir utamanya, Basyar adalah musuh Perancis dan kawan pula kepada Rusia3.

Walaupun namanya bergabung menentan ISIS, sebenarnya yang akan dibom adalah

  1. muslim sunni yang menentang kezaliman Basyar (mujahidin sejati)
  2. rakyat Syria yang berada di kempen pelarian di sempadan Syria
  3. Rakyat Iraq yang tidak berdosa

Presiden Rusia Vladimir Putin pada 26 November menyatakan bahawa negaranya siap bekerjasama dengan koalasi tentera pimpinan Amerika, termasuk dalam perkongsian maklumat intelijen dalam operasi membantai ISIS di dan ucapan ini berakhir dengan kes penembakan jatuh pesawat Sukhot Rusia yang baru mengebom rakyat Syria dimana pesawat berkenaan jelas mencerobohi ruang udara Turki walaupun Turki juga merupakan anggota NATO sekutu Perancis.

Rentetan kerjasama itu juga kelihatan untuk mepertahankan regim Syria yang pro sosialis, pro sekular dan syiah, Rusia dan Perancis sepakat bahawa presiden Syiah Bashar Al Assad tidak punya tempat dalam masa depan di Syria, dan segera harus mundur dari jawatannya. Hal ini biasa apabila kritikan menjatuhkan ketua organisasi oleh anak buah atau rakan sekutu kelihatan nada menentang tetapi sebenarnya kasih dan sayang mereka adalah kepada pengekalan regim zalim berkenaan dan bukannya berniat menentang kezaliman. Hal ini biasa termasuk dalam negara kita sendiri.

Apa sikap kita?

  1. Teroris bukan Islam
Pertamanya penulis cuba membawa sikap ulama’ yang dihormati sedunia berkenaan isu ini. Sheikh Abdul Rahman Sudais antaranya mengingatkan kita siapa Teroris sebenarnya di Timur Tengah.
Beliau yang juga Imam Masjidil Haram dan Masjid Nabawi, mengingatkan umat Islam bahawa bom barel yang dijatuhkan regim Bashar Al Assad terhadap rakyat Syria lebih kejam dan berbahaya dari serangan terorisme dan ucapan ini dikeluar sejurus selepas isu Paris Attack4.

Dalam khutbah solat JumaatSheikh Abdul Rahman Al-Sudais mengatakan, “Tidak akan ada hubungannya antara Islam dan pengganas, kerana pengganas tidak memiliki agama, negara, ataupun kebangsaan.” “Islam adalah agama yang penuh rahmat, kedamaian, kebaikan, toleransi, dan saling menghormati dengan pemeluk agama lainnya,” jelas beliau. Sheikh Abdul Rahman Al-Sudais melanjutkan, “Tidak ada akal dan agama di dunia yang membenarkan keganasan, pemboman, penyerangan sehingga menumpahkan darah mereka yang tidak berdosa. Dan Islam terlepas dari semua tindakan kejam ini kerana tidak sesuai dengan nilai-nilai kemanusiaan yang luhur dan adil, serta rahmat bagi semesta alam.”

Pimpinan politik rujukan umat Islam dunia, Erdogan juga mengakui bahawa ISIS tidak ada hubungannya dengan Islam5
Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan juga menyerukan sebuah front menyatukan pemimpin Muslim untuk melawan ekstremisme pengganas perlu diwujudkan kerana percaya bahawa siri keganasan akan berlaku sehingga memalit muka umat Islam.

Bencana akan terjadi lagi jika kebangkitan "Islam" radikal tidak dihentikan di Eropah, setelah serangan Paris yang mengorban 129 orang dan pemboman bunuh diri di Ankara yang membunuh 103 orang 10 Oktober 2015 lalu.

  1. Pengganas dunia sebenarnya adalah Israel
Dalam khubah itu juga Sheikh Sudais memperingatkan bahawa teroris sebenarnya adalah Zionis Israel yang menyerang Masjid Al Aqsa, dan mereka yang menjatuhkan bom barel kepada saudara-saudara kita di Syria. Jelas, Basyar dan Israel sama-sama redho dengan kematian ribaun warga Syria sunni.

Erdogan sendiri dalam sidang media mengecam pihak yang borong melabel muslim ebagai pengganas. Kata beliau "Orang jahat boleh menjadi Muslim serta Kristian dan Yahudi".

  1. Umat Islam jangan terpedaya dengan anarki!
Selalunya bila ada aksi akan berturutan dengan reaksi. Begitu juga provokasi berdarah kian bercambah di Eropah pasca Paris Attack. Walaupun begitu reaksi negetif daripada kaum bukan islam tidak melulu dan menggila seumpama pasca 11 September 2001 dahulu. Hal ini kerana kaum bukan Islam kian terbuka minda dan berlaku dialog inter-agama yang baik pasca kes bangunan berkembar di Amerika dahulu. Yang galak menyerang umat Islam adalah pemimpin negara Barat yang berkonspirasi menjahanamkan umat Islam bukannya rakyat mereka. Hal ini perlu jelas.

  1. Keganasan di Paris jelas satu perencanaan blok Barat.
Pihak menghalalkan perang Syria lah yang bertanggungjawab merencana plan Paris Attack dan ISIS boneka mereka hanya penambah perisa6. Lihat sahaja pengakuan Samid Dawud yang dikaitkan sebegai salah seorang terlibat mengebom Paris. Samid Dawud Abdul Hadi (20 tahun) mengaku terkejut melihat foto mukanya tersebar luas sebagai pengebom di Paris pada 13 November lalu. Manakan tidak, ketika serangan Paris, pemuda Palestin itu berada bersama keluarga di rumah nya di Desa Nuseiret, Gaza, Palestin. Tiba-tiba sahaja fotonya disebar merata stesyen televisyen. Bleiau yang merupakan mahasiswa kuliah ilmu jurnalistik di Universitas Al-Aqsa ini menegaskan bahawa aksi keganasan tanpa sebab umpama di Paris bercanggah dengan Islam.
Tidak pelru dihairankan, wajah semua pemuda Gaza dan Tebing Barat semua ada dalam simpanan Mossad Israel dan mudah sahaja gambar mereka dieksploitasi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...