Pembaca Setia

Saturday, June 8, 2013

Jenayah Rogol kian sadis di India; apa punca?


Jenayah Rogol kian sadis di India; apa punca?
Muhammad Nuruddin Bashah

Ketika dunia sedang memerhatikan tindakan agresif kerajaan Sheikh Hasina di Bangladesh menangkap ulama’ dan pro Jamaat islami, benua India juga menjadi topik bahan perbincangan dalam isu sosial yang cukup menyedihkan iaitu gejala rogol yang cukup sadis.

Jenayah rogol beramai-ramai, menyeksa mangsa dan membunuh serta memasukkan objek keras ke dalam kemaluan mangsa adalah antara ‘trade mark’ jenayah rogol di India mutakhir ini.



Perhatikan kes dua anggota polis wanita berpangkat konstabel di India digantung tugas selepas memenjarakan seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun yang datang ke sebuah balai polis untuk membuat laporan bahawa dia telah dirogol. Mangsa tersebut terpaksa menghabiskan masa beberapa jam di dalam lokap selepas ia datang kembali ke balai itu bersama ibunya bagi membuat laporan bahawa dia telah dirogol oleh seorang lelaki. Dia kemudiannya diselamatkan selepas penduduk tempatan membuat tunjuk perasaan ekoran penahan kanak-kanak itu. Bukankah ia sam sahaja seperyi dalam filem-filem Tamil?

Pada 16 Disember 2012 lalu kes  seorang pelajar jurusan fisioterapi dibelasah dan dirogol bergilir-gilir di Delhi. Mangsa, dan teman lelakinya menaiki bas dalam perjalanan pulang selepas menonton sebuah filem di selatan Delhi. Di dalam bas tersebut, kedua-duanya dipukul oleh lima orang penumpang dan merogol mangsa. Mangsa kemudiannya dicampak keluar. Mangsa yang cedera parah, menjalani pembedahan di Delhi sebelum dipindahkan ke Hospital Mount Elizabeth diSingapura. Mangsa kemudiannya meninggal dunia pada 29 Disember[1]. Objek keras tumpul berbentuk L digunakan untu mneyula mangsa.


Bukan sekadar rakyat India, rakyat asing, pelaoncong juga menjadi idaman para perogol di India. Misalnya terkini 4 Jun 2013 lalu, seorang warga Amerika Syarikat (AS) yang dalam perjalanan menuju utara India menjadi mangsa geng rogol oleh tiga lelaki dalam sebuah trak. Beliau yang berusia 31 tahun  itu dalam perjalanan pulang ke Manali, salah satu destinasi pelancongan terkenal[2].

Sebelum itu, pada bulan Mac di Bhopal, Seorang pelancong wanita warga Switzerland dirogol secara berkumpulan di tengah India  ketika kejadian mangsa sedang berbasikal bersama suaminya di negeri Madhya Pradesh, sebelum didatangai tujuh atau lapan lelaki yang menyerang pasangan itu.
Kumpulan penyerang itu merompak pasangan tersebut, sebelum merogol wanita terbabit di hadapan suaminya.

Jenayah sadis yang dilakukan hidup-hidup ini cukup menempelkan nama buruk kepada India secara amnya. Jika dalam siri filem tamil dan Hindi Bollywood, jenayah rogol dan ganggunag seks ditonjolkan dengan watak polis dan pegawai kerajaan yang korup. Malah banyak filem daripada negara berkenaan cuba menghebahkan realiti sosial dan kebejatan yang wujud kepada dunia, namun ia tidak cukup untuk mengetuk jiwa eksekutif dan legislatif di negara itu walaupun tidak kurang juga pegawai dan pemimpin temapatan yang berjuang untuk mengubah keadaan di negara itu.

Mungkin ada yang tersenyum sumbing jika mengaitkan berita polis India menahan tiga ekor kambing yang didakwa melakukan kerosakan ke atas sebuah kereta peronda polis. Dalam banyak-banyak kes, adakah isu tangkapan kambing yang dihebahkan? Adakah tindakan menangkap kambing lebih bermakna bagi polis India berbanding mereformasikan sistem kepolisan negara untuk mencegah jenayah yang cukup berakar umbi di kalangan rakyat India?

Lebih lucu  akhbar Times of India menggelar kambing-kambing itu sebagai  tindakan antisosial di daerah Kilpauk[3].

Rentetan jenayah rogol yang semakin menjadi-jadi di India menyebabkan sekumpulan penuntut kejuruteraan di India mencipta baju dalam  antirogol yang didakwa mampu menghalang jenayah rogol dan serangan seksual lain.

Menurut berita Agensi, ia dikatakan mampu mengalirkan sehingga 82 kejutan elektrik (sehingga 3,800 kilovolt) kepada bakal penjenayah apabila pengesan tekanan pada bahan itu mengesan sebarang jenis paksaan. Pakaian dalam yang dibantu teknologi itu, dinamakan sebagai Society Harnessing Equipment (SHE), juga boleh memberi amaran kepada polis, keluarga atau rakan, menerusi sistem pengesanan global (GPS) yang  dipasang.     


Penjenayah yang cuba mencabul gadis akan menerima kejutan dalam hidupnya sebaik pengesan tekanan diaktifkan manakala modul GPS dan GSM akan menghantar pesanan kepada nombor kecemasan India selain kepada ibu bapa mangsa.

Kegiatan rogol di India menjadi api kemarahan rakyat. Akhir-akhir ini aktivis femenisme dan pejuang hak asasi mulai menunjuk perasaan sehingga ada yang mati dan cedera semasa bertembung dengan pihak berkuasa yang masih longlai dan pesemis dalam membendung aktiviti jenayah sosial ini.
Kes rogol di ibu negara India melonjak 23 peratus pada 2012. Kadar sabitan dalam kes rogol di Delhi lebih tinggi berbanding kadar negara. Untuk perenungan bayangkan selepas kes rogol yang membunuh pelajar 16 Disember lalu sehingga mencetus demostrasi besar-besaran di India, kira-kira 45 kes rogol dan 75 kes cabul pula dilaporkan dalam masa dua minggu.

Menurut Asian Center for Human Rights statistik yang berlaku antara tahun 2002 hingga 2010 menunjukkan bahawa seramai 45 orang wanita telah dirogol oleh pihak polis ketika dalam perlindungan pihak polis. Sekitar  53 orang wanita berketurunan Kashmir (Muslim) dirogol oleh pasukan tentera pemisah India. 
Jenayah rogol dilaporkan berlaku setiap 18 jam di India. Antara tahun 2007 hingga 2011, telah berlaku peningkatan jenayah rogol sehingga 17%. Lebih 93,000 kes yang melibatkan jenayah rogol di India masih lagi "tertangguh" perbicaraanya.

Suatu ketika India pernah ditadbir oleh kerajaan islam yang menjalankan hukum syariah lebih 800 tahun. Hukum Islam berjaya mengekang aktiviti rogol melalui undnag-undnag hudud. Namun kini hujah hukum Islam atau sistem Islam tidak cukup kuat meyakinkan rakyat India kerana rakyat India lebih  cenderung membandingkan Islam dengan kondisi di Pakistan negara jiran merangkap musuh tradisi mereka.

Cadangan baju dalam anti rogol sama sahaja dengan cadangan para menteri di Malaysia apabila mencadangkan seluar dalam besi semasa kes rogol dan bunuh adik Nurul Huda berusia 10 tahun di Gelang Patah Johor suatu ketika dahulu.
Adaklah ia menyelesaikan masalah? Islam mengajar mencegah punca masalah.
Lihat pula isu rogol di Pakistan yang menyebbakan sebahagian besar rakyat India tidak percayakan sistem syariah dalam isu pengawalan jenayah.

Semasa Perang Pembebasan Bangladesh, dianggarkan sekitar 200,000  hingga  400,000 wanita dan kanak-kanak perempuan telah didera secara seksual oleh angkatan tentera Pakistan.
Dalam satu kajianberkenaan  penderaan seksual kanak-kanak di Rawalpindi dan Islamabad, daripada sampel 300 kanak-kanak 17% mendakwa telah didera dan pada tahun 1997 satu kanak-kanak sehari dilaporkan dirogol,dirogol berkumpulan atau diculik untuk kepuasan seksual[4].

Pencabulan maruah, dan rogol di Pakistan menunjukkan perlindungan undang-undang yang tidak mencukupi untuk wanita.
Pada tahun 1979 Pakistan meluluskan undang-undang Ordinan Hudood, yang merangkumi  semua bentuk hubungan seks luar nikah, termasuk rogol. Namun di Pakistan  Ordinan Hudood hanya kelihatan kekal pada buku-buku undang-undang tetapi perlaksanaan yang korup menyebabkan Human Rights Watch mencatatakan peningkatan penderaan seksual  terhadap wanita.



Menurut Akhbar Indian Express satu kajian daripada Persatuan bagi Perlindungan Hak Kanak-kanak, melaporkan bahawa pada tahun 2011 sahaja hampir 2,000 wanita dari agama minoriti di Pakistan dipaksa memeluk agama Islam melalui rogol, penderaan dan penculikan[5].

Bagi  Statistik rogol di Arab Saudi, yang mengamalkan hudud dan perlaksanaannya dilakukan dengan baik,  pada tahun 2000 ( NationMaster.com) hanya terjadi  87 kes. Manakala Statistik rogol di UK, yang mengamalkan common law, pada tahun 2000 berlaku  8 593 kes.



Graf 10 negara paling tinggi kes rogol daripada 2004 hingga 2010

Jika diperhatikan ststistik ini, jelas Amerika lebih tinggi malah jauh meninggalkana statistik India sehingga tahun 2010. 10 negara ang paling banyak kes rogol ini majoriti adalah negara maju Barat. Keadaan sosial negara maju tidak pelru diulas lagi apabiola kemelesetan akhlak dan etika hidup, serta keterhakisan sistem kekeluargaan, penghormatan dan budi bahasa telah berada di para kritikal. Namun begitu bagaimana India boleh termasuk di kalangan negara yang maju tetapi memilki tahap jenayah rogol paling banyak ini?
Keadaan struktur sosial yang teruk, kemiskinan, pembukaan rumah pelacuran berleluasa, tiada perbezaan antara  golongan pelacur dengan insan suci menyebabkan rogol menjadi amalan biasa bagi masyarakat India.
Faktor mabuk yang juga disinonimkan dengan masyarakat kaum lelaki India juga membawa kepada peningkatan kes rogol sadis.

Menurut laman http://alcoholrehab.com Negara India memiliki  tabiat minum berbeza antara negeri-negeri yang berbeza. Oleh itu, adalah mustahil untuk menggambarkan budaya minum tunggal bagi seluruh India. Mereka yang tinggal di negeri selatan barat Kerala adalah peminum berat. Orang yang tinggal di negeri ini minum purata sebanyak 8 liter per kapita, dan ini adalah empat kali ganda berbanding seluruh India.

Kawasan-kawasan lain di benua di mana orang ramai cenderung untuk minum agak banyak termasuk Haryana dan Punjab. Dalam tahun-tahun kebelakangan ini terdapat peningkatan yang ketara dalam bilangan lelaki bandar yang mendakwa menggunakan alkohol sebagai satu cara untuk berehat dan bertenang. Ia masih cenderung untuk menjadi orang-orang miskin dan orang-orang yang tinggal di kawasan luar bandar yang merupakan pengguna tertinggi alkohol. Adalah dipercayai bahawa serendah 5% daripada pengguna alkohol adalah wanita - walaupun angka ini adalah lebih tinggi di beberapa negeri[6].

India adalah salah satu pengeluar terbesar alkohol di dunia dan terdapat peningkatan yang stabil dalam pengeluaran sejak 15 tahun yang lalu, mengikut statistik terkini. India merupakan pengeluar dominan alkohol di rantau Asia Tenggara dengan 65% daripada jumlah saham dan menyumbang kepada kira-kira 7% daripada jumlah import minuman alkohol ke rantau ini. Terdapat peningkatan dalam pengeluaran alkohol di negara ini , dengan dua kali ganda pengeluaran daripada 887200000 liter pada tahun 1992-93 kepada 1,654 juta liter pada tahun 1999-2000 dan hingga 2300 juta liter pada tahun 2007 dan 2008[7].

Statistik penggunaan alkohol sebenarnya seiiring dengan statistik jenayah rogol di mana-mana negara sekalipun. Jelas syariah islam mengharamkan arak yang dikatakan sebagai ibu maksiat adalah benar. Kembalinya dunia kepada islam adalah suatu keperluan.
Muhammad Nuruddin Bashah


Thursday, June 6, 2013

Perancis Hero Baru Anti Islam


Perancis Hero Baru Anti Islam
Muhammad Nuruddin Bashah

Seruan Perancis untuk memerangi pejuang  Islam di Libya menggambarkan teori Perancis sebagai proksi Amerika dalam meneruskan gagasan kempen anti pengganas adalah benar.
Pada 28 Mei lalu Perancis menyeru kepada negara-negara Afrika untuk berusaha mengatasi ancaman kelompok Islam di gurun Selatan Libya. Hal itu setelah Perancis cuba menamatkan kempen  Militarasi  di Mali dengan tujuan menghapus terus semua mujahidin disana[1].

Kenyataan media Perancis juga berbolak balik tak ubah seperti lidah white house dalam memutar belit isu penamatan kempen ketenyteraan di Afghanistan dan Iraq sebelum ini.

Menteri Luar Perancis, Laurent Fabius pada 26 Februari 2013 lalu  berkata kerajaannya  akan mula mengeluarkan tenteranya secara berperingkat dari Mali, bermula Mac dan seperti juga jawapan White House, tiada tarikh muktamad bagi  pengunduran tentera Perancis dari Mali dilakukan atau berapa jumlah tentera yang terbabit[2].

Sebelum ini Perancis telah meletak hampir  4,000 askarnya di Mali yang mula dibawa sejak bagi mematahkan penguasaan kumpulan ekstrimis Islam yang berjaya menguasai bahagian utara Mali sejak tahun lalu. Isu uranium dan emas yang ingin dikuasai oleh Perancis juga merupakan faktor mengapa Perancis ‘sibuk’ benar dengan suasana politik dalaman di Mali.
Namun begitu pada 13 April 2013 Reuters melaporkan bahawa tekad Presiden Perancis untuk meneruskan kempen anti pengganas atau lebih cocok digelar anti Muslim. Kata Francois Hollande, Presiden Perancis mereka akan teruskan penghantaran tentera darat dan udara[3].

Kembali kepada isu gesaan Perancis agar seluruh Afrika terlibat dalam kempen ketenteraan mereka di Libya. Menteri Luar Negeri Perancis, Laurent Fabius, yang mengunjungi Nigeria, menyerlahkan minat sebenar Perancis apabila bereaksi lantang selepas  lombong Uranium yang dijalankan oleh kapitalisme  Perancis diserang. Tusuh Fabius lagi, beliau  mengatakan bahawa ada tanda-tanda di selatan Libya, berubah menjadi tempat yang aman bagi kelompok yang ia sebut sebagai “ekstrimis”, dan hal itu sebagai alasan untuk menyerang Gerakan Islam di Libya sepertimana urusan merteka di Mali sehingga kini.

Jika Amerika lebih berminat menggunakan tentera rakyat sendiri sebagai aset untuk merteka menunjuk hero di serata dunia, Perancis pula bukan sahaja mengerahkan rakyat sendiri malah juga menggunakan tentera upahan pelbagai bangsa sebagai alat kempen menentang Muslim.
Nama pasukan upahan itu adalah Legion Etrangere. Tentera upahan asing bukanlah sesuatu yang baru dalam tentera darat Perancis. Setiap raja dalam sejarah negara tersebut mempunyai unit askar upahan wargas asing seperti pasukan pengawal bangsa Scott (Raja Charles Ke-7), pasukan pengawal bangsa Swiss (Raja-Raja Bourbon) dan pasukan tombak (lancers) bangsa Poland (Napoleon dan Raja Louis Philippe). Apabila warga luar tidak lagi dibenarkan berkhidmat dengan tentera darat Perancis selepas Revolusi Julai 1830, Legion Etrangere ditubuhkan oleh Raja Louis Philippe pada 10 Mac 1831 sebagai rejimen warga luar yang berkhidmat untuk Perancis[4].

Legion Etrangere melaksanakan peranan infantri (termasuk pengkhususan lintas udara), armor dan jurutera tempur bagi pertahanan negara dan melindungi kepentingan strategik Perancis. Oleh yang demikian pasukan ini kerap terlibat dalam pelbagai misi tempur, pengaman dan penguatkuasa keamanan di seluruh dunia serta salah satu elemen pasukan aturgerak cepat (PAC) angkatan tentera Perancis. Malah Legion Etrangere dianggap pasukan elit dalam tentera darat negara Eropah itu.
Perancis adalah kuasa besar yang menjayakan agenda empirelis barat di bumi Afrika dan Timur Tengah. Barat cuba menipu dunia mengatakan merekalah yang menghapuskan perhambaan sesama manusia. Hakikatnya mereka mencipta satu bentuk perhambaan manusia dan menjadikan bumi Afrika sebagai sumber abdi Barat dan Eropah. Malah sejak awal penjajahan Perancis di bumi Afrika dahulu lagi, agenda anti islam telah tersemat rapi dalam polisi ketenteraan mereka.

Seorang ahli sejarah, Simon Schama kemudiannya mengulangi tulisan radikal seorang warga Inggeris yang bernama Thomas Day pada tahun 1976 seperti berikut: ‘Sungguh mengarut seorang Amerika yang patriotik menandatangani resolusi menuntut kemerdekaan dengan tangannya, tetapi sebelah tangan lagi menghayun cemati ke arah hamba-hamba abdinya’. Kenyataan Thomas membayangkan hipokrasi Barat dalam isu perhembaan.

Penjajahan oleh kuasa-kuasa Eropah ke atas negara-negara Afrika didorong oleh kepentingan-kepentingan ekonomi. Masing-masing bertindak dengan cara sendiri. Terlibat ialah bala tentera, para pentadbir, para peniaga, pemburu, para peladang, pelombong dan mereka yang mahu bermastautin. Juga terlibat ialah pengembang- pengembang agama Kristian. Kerana itu kemudiannya ramai yang memeluk agama Kristian. Sebelum itu telah pun merebak ke perkampungan-perkampungan Islam di Afrika Utara, Afrika Tengah dan lain-lain wilayah.
Bilangan warga Eropah sendiri di Afrika meningkat hingga 6 juta pada tahun 1960. Seramai 1 juta lagi ialah pendatang-pendatang dari Asia. Warga kulit putih adalah paling ramai di Afrika Selatan. Bilangan kulit putih meningkat hingga 4.8 juta di Afrika Selatan[5].
Bumi mana dapat mengelak diri daripada kebangkitan Islam? Demikian juga halnya berlaku pada Perancis yang cuba sebaik mungkin untuk jauh daripada keagamaan terutamannya Islam.
Tahun lepas sahaja umat Islam sedunia mengutuk sekeras-kerasnya penerbitan karikatur anti-Islam di sebuah majalah satira mingguan di Perancis. Karikatur anti-Islam dan video mempersenda dan memfitnah Nabi Muhammad SAW dan Islam sehingga mencetuskan bantahan daripada masyarakat Islam di seluruh dunia[6].-

Dewan Muslim Perancis (CFCM) mendesak pada hari Isnin kemarin 22 Okt pemerintah untuk melarang sebuah kelompok sayap kanan yang “menduduki” sebuah masjid pada hari Sabtu lalu dan mengeluarkan “pernyataan perang” melawan apa yang mereka sebut Islamisasi Perancis[7].

Libya adalah di kalangan negara terbesar dunia pengeluar minyak sehingga mencapai 3.5% daripada simpanan minyak dunia dan melipat dua kali ganda berbanding kapasiti Amerika Syarikat sendiri.
Menurut Prof Michel Chossudovsky “Operasi Libya ” atas nama pembebasan kezaliman walaupun benar Gaddafi zalim adalah sebahagian daripada agenda militari Timur Tengah dan Asia Tengah untuk merebut penguasaan 60% rezab minyak dunia di sana[8].

“Negara Muslim termasuk Arab Saudi , Iraq, Iran, Kuwait,  United Arab Emirates, Qatar, Yaman, Libya, Mesir, Nigeria, Algeria, Kazakhstan, Azerbaijan, Malaysia, Indonesia, Brunei, menyimpan antara 66.2 and 75.9 % daripada jumlah semua rezab minyak” tulis Michel Chossudovsky, dalam artikel The “Demonization” of Muslims and the Battle for Oil, Global Research, 4 January , 2007) .
Dengan  46.5 billion tong rezab minyak iaitu sekitar 10 kali ganda Mesir, Libya adalah kuasa ekonomi minyak terbesar di Benua Afrika diikuti dengan Nigeria and Algeria.

Kemarahan Perancis kepada pejuang Islam di Libya juga disebabkan oleh hasrat Perancis untuk mendekati dan menyantuni Libya secara diplomasi. Tindakan radikal pejuang berkenaan seolah-olah menghalau pelabur dan ahli diplomatik Perancis ke Libya. Ia juga seolah-olah meruntuhkan plan besar Perancis sejak 2011 untuk meratah rezab minyak Libya yang dikhuatiri dibolot oleh syarikat-syarika kapitalis Amerika Syarikat.

Dari segi sejarah, Perancis mempunyai kepentingan kecil di Libya, walaupun sejak  Perang Dunia II sehingga kemerdekaan negara pada akhir tahun 1951. Tetapi pada waktu itu, sedikit sahaja minat  Perancis terhadap Libya kerana  minyak masih belum dijumpai. Hal ini tdak menghairankan kita. Di Tanah Melayu kemajuan Kuala Lumpur, Perak, negeri Selat adalah disebabkan demografi, geografi dan iklim sesuai dengan agenda kapitalisme Barat sahaja. Tiada keikhlasan boleh dipamerkan dalam fail-fail  polisi penjajah.

Malah, minat yang serius Perancis di Libya - sekurang-kurangnya kepentingan ekonomi - sedikit mendahului revolusi tahun lepas. Dengan pembukaan ekonomi daripada Libya dari sekitar tahun 2005 dan seterusnya, syarikat-syarikat asing homed dalam pada negara; Perancis adalah seperti berminat seperti orang lain. Menurut Kajian Antarabangsa Kertas Penyelidikan Perniagaan, menjelang akhir tahun 2010 Perancis adalah pelabur asing utama di Libya, menyumbang 18.7 peratus daripada semua pelaburan langsung asing (FDI) di negara ini. Mereka diikuti oleh Jerman pada 16 peratus dan UK pada 12 peratus. Negara-negara yang mungkin telah dijangka merupakan pelabur-pelabur utama adalah ke bawah senarai - Itali hanya 4 peratus dan China dan Turki, 2.7 peratus setiap satu.
Di belakang itu, beberapa delegasi perniagaan Perancis telah pun di Libya melihat keperluan dan peluang-peluang dalam membina semula negara ini.

Baru-baru ini, Michel Casals, Presiden  Libyan French Chamber of Commerce telah mengiringi kumpulan  syarikat-syarikat besar  Perancis menyertai pameran Tripoli semasa Pameran Antarabangsa. Perancis menunjukkan minat mendalam untuk melebar sayap ekonomi di Libya[9].

Muhammad Nuruddin Bashah



Nafi calon Presiden moderat Iran kerana tiada restu Ayatullah?


Nafi calon Presiden moderat Iran kerana tiada restu Ayatullah?
Muhammad Nuruddin Bashah

Pemilihan bagi Presiden Iran minggu hadapan menjadi suatu ruang wacana yang kian hangat. Malah ia juga didiskusi dari perspektif rakyat Iran sendiri, warga global, rakyat Amerika dan  White House, Majlis Keselamatan PBB dan perspektif inter-mazhab sunni-syiah.
Terlalu banyak wacana yang berbangkit kadang kala merosotkan pandagan kita terhadap pentas demokrasi itu sendiri yang perlu dinilai dalam usaha meninjau pemilihan ini berlaku dengan kehendak sebenar rakyat. Semestinya tidak mampu rakyat Iran menutup mulut antarabangsa daripada terus berbicara, meramal dan membuat jangkaan-jangkaan tertentu berkenaan implikasi pemilihan dan polisi yang bakal timbul walaupun kesan dan akibatnya ditanggung oleh rakyat Iran itu sendiri.
Pilihan raya kesebelas Presiden Iran dijadualkan berlangsung pada Jumaat, 14 Jun 2013.

Pilihan raya akan diadakan pada hari yang sama dengan pilihan raya majlis tempatan.  Majlis Guardian iaitu Election Monitoring Agency (EMA), sebuah badan 12 anggota yang terdiri daripada enam ulama dan enam ahli-ahli teologi, ditugaskan untuk menyemak kelayakan mereka dan mengesahkan keputusan pilihan raya[1].



Diantara calon terkenal Presiden Iran adalah sahabat Ahmadinejad sendiri iaitu  Esfandiar Rahim Mashaei, dan mantan presiden Iran Akbar Hashemi Rafsanjani. Mohammad Reza Aref,  Mohammad Bagher Ghalibaf,              Mohammad Gharazi, Gholam-Ali Haddad-Adel, Saeed Jalili dan Mohsen Rezaee serta beberapa nama lagi.

Campurtangan Israel didakwa pemerintah Iran sebagai petualang kepada perjalanan pilihanraya 14 Jun 2013 kelak. Iran mendakwa telah membongkar "jaringan pengganas" yang didukung Mossad, agen rahsia Israel yang direncanakan "mengganggu" pemilihan presiden di republik tersebut. Hal tersebut dihebah melalui siaran radio tempatan. Malah Iran mengatakan pihak Inteligen (perisikan) Iran  telah mengenalpasti dan menangkap anggota Mossad dan menyita senjata mereka[2].

Keselamatan Ahmadinejad juga menjadi isu hangat cuma ia masih dirahsiakan daripada hebahan umum. Ahmadinejad, selamat dari kecelakaan helikopter yang dinaikinya awal Jun ini. Beliau dilaporkan sedang dalam perjalanan dari Taheran menuju daerah Mazandaran di utara, untuk merasmikan tiga jalan baru, dan projek mega pembuatan jalan terowong. Namun ketika melintas daerah pegunungan Alborz, helikopter terpaksa melakukan pendaratan darurat[3]. Isu ini masih menjadi topik larangan untuk didiskusikan di Iran.
Isu jantina juga menjadi isu besar dalam pemilihan Iran. Jika di Malaysia agak janggal kedengaran calon perempuan teringin atau bercita-cita menjadi Perdana Menteri atau Timbaan Perdana Mneteri. Adab dan adat serta syariat sunnah di Malaysia menjadikan kaum-kaum di Malaysia tidak memiliki agenda politik sebegitu.

Republik Islam Iran telah lama melarang kaum perempuan menjadi calon presiden dalam pilihanraya Presiden  karena tidak sesuai dengan undang-undang negara. Larangan ini dibuat kerana ada niat dan usaha wanita di Iran untuk menjadi Presiden.
Ayatullah Mohammad Yazdi, salah seorang anggota Suruhanjaya  Pemilihan Umum, pada 16 Mei 2013 lalu, mengatakan, "Perempuan tidak mungkin menjadi calon presiden pada pilihanraya bulan Jun ini. Kenyataan media  Yazdi dianggap telah membunuh impian 30 wanita Iran  yang berminat mencalonkan diri sebagai Presiden Iran[4].

Pemilihan presiden yang akan berlaku pada 14 Jun ini disertai  oleh 686 calon, tetapi yang diterima oleh Suruhanjaya hanya 8 orang. Mereka akan bertarung merebut kerusi Presiden Mahmoud Ahmadinejad yang sudah dua kali memenangi sekaligus tidak boleh  mencalonkan lagi sebagai presiden.
Tahun lepas, Selasa, 3 Januari 2012, anak perempuan  bekas Presiden Iran, Faezeh Hashemi Rafsanjani, dijatuhi hukuman penjara enam bulan dan tidak boleh melakukan aktiviti politik selama lima tahun sehubungan dengan "propaganda anti-kerajaan" yang dilakukan pada Pilihanraya Presiden 2009.
Siapa pula bapa Faezah ini? Bapa beliau adalah Mantan Presiden Iran iaitu  Akbar Hashemi Rafsanjani tetapi telah dilarang mencalonkan diri dalam pemilihan presiden.

Rafsanjani, seorang yang moderat, pernah menjadi presiden Iran untuk tempoh 1989-1997. Daftar calon presiden yang sudah disetujui untuk mengikuti pemilihan presiden pada 14 Jun didominasi oleh orang-orang konservatif yang rapat dengan pemimpin tertinggi Ayatullah Ali Khamenei.
Pendaftaran Rafsanjani pada 11 Mei telah mempolarisasi sistem politik kompleks Iran. Rafsanjani mendapat dokongan kelompok reformis yang terpinggir.
Sebagai tokoh yang berpengaruh hingga 8 tahun lalu ketika Ahmadinejad mengalahkannya dalam pilihanraya 2005, Rafsanjani telah kehilangan dukungan politik dalam beberapa tahun kebelakangan ini[5].

Pada 2009 beliau ia menarik perhatian kerajaan  kerana mempersoal secara terbuka pemilihan kontroversi yang memutuskan Ahmadinejad menjadi presiden untuk sesi kedua.
Pungutan suara itu menyebabkan tindakan protes jalanan dengan penunjuk perasaan menyatakan bahawa pemilihan itu penuh dengan korupsi dan penipuan. Kerajaan Iran mengambil sikap keras terhadap rakyat yang menyokong Rafsanjani.
Alasan namanya dipotong hanya kerana faktor  usia Rafsanjani yang mencecah 79 tahun dan uzur tidak diterima penyokong beliau.
Mashaie, calon utama lain yang digugur namanya kerana dilihat terlalu liberal, dianggap bahaya bagi revolusi islam oleh orang-orang dalam rejim Ayatullah.Keputusan pengguguran namabeliau disanggah Ahmadinejad dan Mashanie juga berjanji m,enggunakan ‘kabel’ Khomeni untuk terus mara[6].

Pengguguran nama ini  membawa  nama  perunding nuklear Saeed Jalilil, yang rapat dengan Khomeni, berada di posisi hadapan.
Kelompok reformis hanya memiliki satu calon dalam pemilihan ini iaitu Mohammad Reza Aref, yang pernah menjadi wakil presiden pertama di bawah Presiden Mohammad Khatami.
Setiausaha  Amerika Syarikat, John Kerry berkata pengguguran kelayakan calon-calon dalam pilihan raya presiden Iran menunjukkan pemimpin-pemimpin agama di negara ini hanya berminat dalam memperkukuhkan kuasa mereka sendiri dan bukannya memberi pengundi pilihan menentang pandangan.

Dengan kelayakan Iran calon-calon yang lebih sederhana, Kerry berkata Majlis Guardian  Iran tidak mahu  mengambil kira kehendak popular.
Beliau  mengulas juga tiada sesiapa dalam dunia ini akan boleh menrima satu majlis yang tidak dilantik atau diundi oleh rakyat seperti Majlis Guardian tetapi boleh pula menggugur pencalonan mana-mana individu atau merestui keputusan pilihanraya[7].

Bercakap kepada pemberita pada akhir lawatan ke Israel, Kerry berkata terdapat tanda-tanda  bahawa kerajaan Iran akan mengambil langkah-langkah untuk melambatkan atau memotong akses internet, mengurangkan keupayaan pengundi untuk berkongsi maklumat dan bertukar-tukar idea dalam pilihan raya .

Apabila Setiausaha negara polis dunia ini ditanya mengenai usaha-usaha antarabangsa untuk menyekat program nuklear Iran, Kerry mengatakan Amerika Syarikat terus  berharap agar bahawa pemimpin-pemimpin Iran akan ‘mengadap’ White House untuk membuktikan bahawa program nuklear mereka, yang mereka katakan adalah aman adalah benar-benar aman.

Presiden  rasmi Iran tertinggi yang dipilih oleh undi adalah ketua eksekutif, selepas "Pemimpin Revolusi" iaitu kedudukan yang kedua paling penting di Iran. Tugas beliau adalah lebih kurang sama seperti semua ketua-ketua  kerajaan dunia  tetapi merangkap  Komander dalam Ketua Angkatan Tentera dan juga berhak memilih Ketua Hakim Negara. Siapa yang layak menjadi calon? Semua warganegara Iran yang telah dilahirkan di Iran, beriman kepada Allah dan agama rasmi iran (Syiah), sentiasa setia kepada Perlembagaan, dan berusia  umur 21 tahun dibenarkan untuk mendaftar sebagai calon.

Antara parti yang bakal bertanding adalah Islamic Iran Participation diwakili oleh  Mohammad-Reza Aref, Society of Engineers dengan  Mohammad-Bagher Ghalibaf, Mohammad Gharazi pula calon bebas, Isargaran dengan calon Gholam-Ali Haddad-Adel,

Revolutionary Stability menghantar  Saeed Jalili Combatant sebagai calon,  Clergy Association pula meletak  Hassan Rouhani, Moderation and Development bersama Mohsen Rezaee, manakala Islamic Coalition meletak Ali Akbar Velayati.

Saturday, June 1, 2013

Masyarakat Sakit Amerika: Masihkah Jadi Rujukan Muslim?

Disiar dalam Inilah Islam Bil 9
Masyarakat Sakit Amerika: Masihkah Jadi Rujukan Muslim?
Muhammad Nuruddin Bashah

Banyak tulisan dan luahan Maryam Jameela, berkenaan masyarakat Amerika dan Barat yang digelar sebagai masyarakat yang sakit. Malah pendakwah hebat didikan Sheikh Abu A’la Al Maududi itu yang berasal daripada keluarga yahudi New York telah melihat sendiri bagaimana Bahasa Inggeris yang cuba dijadikan bahasa global itu sebenarnya bersifat bahasa penjajah dan merebak ke serata dunia sejara trajik dan kejam.

Menilai kenyataan diatas boleh dilakukan dengan membaca kisah seorang wanita Barat dan Kekagumannya terhadap keadaan wanita muslimah hari ini.

Joana Francis adalah seorang penulis dan wartawan yang berasal dari Amerika Syarikat. Dalam laman sesawang Crescent and the Cross, wanita Kristian itu menulisn ungkapan hatinya tentang kekagumannya wanita Muslim di Lubnan[1] .

Tulisan  Francis, walaupun dituju kepada para Muslimah Lubnan, namun ia boleh  menjadi cermin dan semangat bagi para Muslimah antarabangsa untuk bangga akan identiti sebagai  seorang perempuan Muslim, apatah lagi di tengah kehidupan moden dan pengaruh budaya Barat yang melemahkan keyakinan dan keteguhan seorang Muslimah untuk istiqamah  mengikut cara-cara hidup yang diajarkan Islam.



Antara isi tulisan Francis yan bertajuk Kepada Saudariku Para Muslimah  adalah ;
  • Walaupun  mereka mengenakan pakaian yang sederhana, kecantikan mereka tetap terpancar dan kecantikan itu bukan sekedar kecantikan fizikal semata-mata.
  • Kalian menjalani kehidupan yang alamiah sebagai perempuan. Di Barat, kaum perempuan juga menjalami kehidupan seperti itu sehingga era tahun 1960-an, lalu kami juga dibom dengan musuh yang sama. Hanya saja, kami tidak dibom dengan ketenteraan tetapi  oleh tipu muslihat dan korupsi moral.
  • Mereka mengebom kami, rakyat Amerika dari Hollywood dan bukan dari jet-jet tempur atau kereta kebal buatan Amerika.
  • Mereka juga ingin mengebom kalian dengan cara yang sama, setelah mereka menghancurkan infrastruktur negara kalian. Aku tidak ingin ini terjadi pada kalian. Kalian akan direndahkan seperti yang kami alami.
  • Apa yang kalian lihat keluar dari Hollywood adalah sebuah pakej kebohongan dan penyimpangan realiti.
  • Hollywood menampilkan seks bebas sebagai sebuah bentuk ‘rekreasi’ yang tidak berbahaya karena tujuan mereka sebenarnya adalah menghancurkan nilai-nilai moral di masyarakat melalui program-program beracun mereka. Aku mohon kalian untuk tidak minum racun mereka.
  • Percayalah, sebahagian besar daripada kami tidak bahagia.
  • Jutaan wanita Barat bergantung pada ubat anti-depres, membenci pekerjaan mereka.
  • Orang-orang seperti di Hollywood hanya ingin menghancurkan sistem keluarga dan meyakinkan perempuan agar tidak mahukan ramai  anak.

  • Mereka mempengaruhi dengan cara menampilkan perkahwinan sebagai bentuk perhambaan, menjadi seorang ibu adalah sebuah kutukan, menjalani kehidupan yang fitrah dan sederhana adalah sesuatu yang usang.
  • Bible juga sebenarnya mengajarkan agar kaum perempuan menjaga kesuciannya, tapi banyak perempuan di Barat yang telah tertipu.
  • Model pakaian yang dibuat para perancang Barat dibuat untuk meyakinkan kalian bahawa aset kalian yang paling berharga adalah seksualiti.
  • Mengapa kalian ingin meniru perempuan-perempuan yang telah menyesal atau akan menyesal, yang telah kehilangan hal-hal paling berharga dalam hidupnya? Tidak ada pampasan atas kehilangan itu. Perempuan-perempuan Muslim adalah berlian tanpa cacat. Semua yang kalian lihat di majalah model dan televisyen Barat adalah dusta, perangkap syaitan, emas palsu.
  • Seks sebelum menikah sama sekali tidak ada hebatnya. Kami menyerahkan tubuh kami pada orang kami cintai, percaya bahawa itu adalah cara untuk membuat orang itu mencintai kami dan akan menikah dengan kami, seperti yang sering kalian lihat di televisyen.
  • Kami, perempuan di Barat telah dicuci otak dan hanya faham, wanita Muslim adalah kaum perempuan yang tertindas. Padahal kamilah yang benar-benar tertindas, menjadi hamba seks yang merendahkan diri kami, terlalu resah dengan berat badan kami, mengemis cinta dari orang-orang yang tidak matang.
·         Jauh di dalam lubuk hati kami, kami sadar telah tertipu dan diam-diam kami mengagumi para perempuan Muslim meskipun sebahagian dari kami tidak mahu mengakuinya. Tolong, jangan memandang rendah kami atau berfikir bahawa kami menyukai semua itu. Karena hal itu tidak sepenuhnya kesalahan kami.
·         Tetaplah menjaga kesucian dan kemurnian. Kami kaum perempuan Kristian memerlukan kalian, para Muslimah, sebagai contoh bagi kehidupan kami, karena kami telah tersesat. Berpegang teguhlah pada kemurnian kalian sebagai Muslimah dan berhati-hatilah.

Hakikatnya apa yang ditulis oleh Francis telah disaksikan noleh njutaan remaja dan belia Islam sedunia. Kita melihat bagaimana si anak remaja belasan tahun boleh membawa teman lelaki mereka ke rumah dan bersekedudukan. Mereka memanggil ibu dan ayah dengan hanya nama tanpa pangilan hormat.

Kita juga menyaksikan bagaimana ribuan remaja negara kita yang beragama Islam menganut fahaman fesyen K-Pop dan J-Pop yang dianggap moden dan ‘trendy”.


Remaja Islam tidak sedar bahawa fesyen yang mereka tiru daripada artis korea dan jepun berkenaan adalah fesyen Amerika dan Barat?

Hakikatnya remaja Jepun dan Korea berkiblatkan fesyen dan hiburan mengikut acuan Amerika sejak negara mereka berada dalam naungan nuklear Amerika pasca Perang Dunia II. Wallaupun hanya payungan politik, ia telah meneroboskan budaya dan cara hidup kepada anak-anak Korea Selatan dan Jepun dan kini mereka pula menjadi ‘tuhan’ budaya dan tuhan hiburan bagi anak-anak remaja Islam melayu pula.

Kegilaan remaja terhadap fesyen dan gaya ala Korea (K-pop) boleh dikaitkan dengan persoalan, mengapa wujudnya lambakan kanta lekap berwarna serta bercorak unik di pasaran[2]. Menurut laporan Metro 25 Ogos 2012, remaja sanggup berhabis wang poket semata-mata membeli kata lekap agar memiliki sepsang mata seperti gadis Korea sedangkan si gadis korea itu juga meniru mata asli rakyat Amerika!

Hakikatnya masyarakat sosial dan sistem sosial Amerika sedang tenat dan parah penyakitnya. Tetapi cukup menghairan bagaimana masyarakat yang sakit ini tetap menjadi pedoman dan kompas bagi kehidupan remaja Islam.  
Terkini Pasukan Pengakap Amerika Syarikat berhasrat untuk menghapus larangan gay daripada menyertai kumpulan berpendidikan itu.


Ramai di kalangan kita membesar dengan mendapat sedikit sebanyak ilmu baik daripada skuad pengakap yang diasaskan oleh Lord Baden Powell ini.  Namun kita ia telah diselimuti agenda kental untuk merosakkan prinsip asas moral yang pernah diperjaungkan oelh pesukan itu.
24 Mei yang lalu Sinar Harian menyiarkan berita bahawa  pengakap Amerika Syarikat (AS), The Boy Scouts of America, memutuskan untuk menerima anggota yang secara terbuka mengaku sebagai gay[3].

Keputusan ini diambil dalam pemungutan suara yang diakhiri dengan pergaduhan berkaitan isu yang memecah-belah gerakan ini.
Lebih dari 60% anggota dewan nasional, yang terdiri dari 1,400 anggota yang memiliki hak suara menyokong perubahan ini dalam sebuah pertemuan di Texas, AS.

Perubahan ini dijangka akan berkuatluasa  secara efektif 1 Januari 2014.
Kerosakan yang melanda masyarakat Amerika antara lain adalah suatu musibah yang diturunkan oleh Allah kepada negara ini yang terkenal sebagai negara samseng dunia yang membantai dan meratah negara umat Islam sedunia. Dengan peningkatan pengidap penyakit mental dikalangan remaja Amerika serta dengan peningkatan pengidap penyakit Trauma Pasca Perang yang menyebabkan kadar bunuh diri meningkat di kalangan veteran Perang Amerika cukup membayangkan bagaimana Allah menghukum negara ini walaupun tidak disedari oleh pemimpin mereka sendiri.

Menurut kajian di negara luar pada 2009 yang mendapati penyakit mental menyebabkan kerugian 136 hari bekerja di Amerika, 49 hari di China dan 51 hari di Jepun[4].

Mangsa bagi hukuman ini menjalar sehingga kepada kanak-kanak Amerika iaitu salah satu segmen struktur sosial Amerika Syarikat. Amerika  telah membelanjakan sebanyak AS$8 bilion (RM28 bilion) pada tahun 2006 bagi merawat kes penyakit mental yang berlaku di kalangan kanak-kanak mereka. Agensi Penyelidikan dan Kualiti Kesihatan melaporkan, dianggarkan sebanyak 4.6 juta kanak-kanak yang menghidap tekanan mental telah dirawat pada tahun 2006 dengan kos purata AS$1,931 (RM6,793) untuk seorang kanak-kanak[5].

Fakta ini bukan untuk diketawakan atau memuaskan hati bahawa apa yang berlaiu sebagai ‘padan muka’ kepada rakyat negara ini.  Hakikatnya kerosakan sosial mereka adalah implikasi kebejatan polisi negara yang mengutamakan nafsu, wang, persaingan, kebebasan dan bertuhankan utopia yang dahsyat.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...