Pembaca Setia

Friday, December 27, 2013

HALANGAN PERLAKSANAAN SYARIAH DI MALAYSIA DAN CADANGAN PENYELESAIAN


HALANGAN PERLAKSANAAN SYARIAH DI MALAYSIA DAN CADANGAN PENYELESAIAN
Susunan semula : Muhammad Nuruddin Bashah1
Unit Kajian Ilmiah MAPIM Utara

"Orang berbuat bala cara laki-laki perempuan satitah Dewata Maha Raya jika merdeka bujang palu seratus rotan. Jika merdeka beristeri atau perempuan bersuami ditanam hinggakan pinggang dihambalang dengan batu matikan."
- Batu Bersurat Terengganu, 22 Februari 1303

  1. Pelaksanaan syari`at (tatbiq al-shari`ah)2.
  2. Syari`at adalah cara hidup yang lengkap (the complete way of life) yang mengatur segala dimensi kehidupan manusia: hubungannya dengan Tuhan dan hubungannya dengan sesama manusia sebagaimana yang diperincikan dalam pelbagai disiplin ilmu seperti`ibadat, munakahat, mu`amalat dan jinayat.
  3. Dengan demikian konsep pelaksanaan syari`at harus difahami dalam pengertian luas, termasuk dimensi hukum-hakamnya, semangatnya, akhlaknya, dan maqasidnya iaitu objektif pemeliharaan agama, jiwa, akal, keturunan dan harta.

3 segmen masyarakat

  1. Golongan yang menolak sama sekali Undangundang Islam dan kemungkinan Undangundang
Islam dilaksanakan.
  1. Golongan yang menerima Undang-undang Islam tetapi tidak yakin dengan kemungkinan
Undang-undang Islam dapat dilaksanakan sepenuhnya.
  1. Golongan yang menerima Undang-undang Islam dan yakin bahawa Undang-undang Islam dapat dilaksanakan sepenuhnya.

Salah faham tentang perlaksanaan syariah

  1. Faham syariat hanya hudud dan menganggap melaksana hudud sahaja akan membuktikan perlaksanaan 100% hukum Islam.
  2. Hukum Hakam Akidah, Hukum Hakam Akhlak dan Hukum Hakam Amali. Iaitu hukum hakam berkaitan perbuatan manusia.
  3. Hukum Hakam Amali ini pula terbahagi kepada dua bahagian yang besar, iaitu
    1. Hukum Hakam Ibadat dan
    2. Hukum Hakam Muamalat (transaksi).
  4. Muamalat pula dipecahkan kepada beberapa bahagian, iaitu
    1. Hukum Hakam Kekeluargaan,
    2. Hukum Hakam Madani (sivil),
    3. Hukum Hakam Jenayah (hudud, qisas dan takzir),
    4. Hukum Hakam Perundangan,
    5. Hukum Hakam Kenegaraan,
    6. Hukum Hakam Antarabangsa dan Hukum Hakam Ekonomi .

Contoh wujud ruang perlaksanaan hukum jenayah islam tidak dimanfaatkan.
Isu sebat Kartika.
  1. Mekanisme pelaksanaan sebat dalam Undang-undang syariah Malaysia telah ada, didapati ianya telah wujud sejak 1987 lagi di negeri Kelantan yang dilihat sebagai pelopor pelaksanaan hukuman sebat di negara ini.
  2. Kelantan mengkanunkan Kaedah Hukuman Sebat 1987 (mengandungi 11 peruntukan) bagi membolehkan hukuman sebat rotan yang diperuntukkan di bawah Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan 1985 dilaksanakan
  3. Sepuluh tahun selepas Kelantan melaksanakan hukuman sebat rotan, negeri lain misalnya Wilayah Persekutuan mula membuat peruntukan berkaitan sebat yang tidak jauh berbeza daripada Kaedah Hukuman Sebat Kelantan 1987.
  4. Sejak tahun 1997, Akta Tatacara Jenayah Syariah (WP) 1997 telah mempunyai dua seksyen (iaitu s. 125 dan 126) yang memperuntukkan mengenai kaedah pelaksanaan sebatan.
  5. Sebelas kesalahan yang diperuntukkan hukuman sebat di bawah Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah. Kesalahan tersebut ialah persetubuhan luar nikah, mukaddimah zina, perbuatan sebagai persediaan untuk melakukan persetubuhan luar nikah, sumbang mahram, pelacuran, melacurkan isteri atau anak, muncikari, liwat, musahaqah, minum minuman yang memabukkan dan menyebarkan doktrin palsu.
  6. Tetapi, malang, realitinya tidak ada satu kes pun yang dijatuhkan hukuman sebat rotan oleh hakim syariah.
  7. Orang-orang Islam seharusnya mendakwa bahawa mereka berhak di bawah Perkara 3(1) mengikut cara hidup mereka berasaskan kepada ajaran-ajaran Islam.
  8. Perkara 37 dan jadual ke 4 Kedudukan istimewa Islam boleh dilihat dari bentuk sumpah jawatan bagi Yang di Pertuan Agong.
  9. Perkara 11, Fasal (4) mernperuntukkan "Undang-Undang Negeri, boleh mengawal dan menyekat pengembangan apaapa iktikad atau kepercayaan ugama antara orang-orang yang menganuti ugama Islam".
  10. Perkara 12 Fasal (2) pula memperuntukan bahawa adalah sah bagi Persekutuan dan sesuatu negeri menubuhkan atau menyenggara institusi-institusi Islam dan mengadakan atau membantu dalam mengadakan ajaran Islam dan melakukan apa-apa perbelanjaan yang diperlukan bagi maksud itu.

Kondisi syariah di Malaysia menurut Dr Aziz Bari3
  1. Pemerintah mengguna hujah escapisme, anggap perlaksanaan syariah banyak rukhsah dan boleh ditangguh kerana tidak sesuai.
  2. Istilah sekular tiada dalam perlembagaan negara. Hanya ada dalam kertas putih Constitutional Proposals For The Federation of Malaya, London, HMSO 1957.
  3. Akta parlimen boleh digubal atau dipinda. Bergantung kepada kehendak dan usaha parlimen.

Halangan perlaksanaan undang-undang Islam (jenayah)

Menurut Dr Abdul Aziz Bari, perlu pinda4;
  1. Akta Mahkamah Keadilan 1964.
  2. Kanun Kesiksaan
  3. Kanun Acara Jenayah
  4. Akta Keterangan 1950
  5. Akta Mahkamah Syariah 1984
    1. menghadkan bidang kuasa Mahkamah Syariah dalam menjatuhkan hukuman penjara tidak lebih 3 tahun atau denda tidak melebihi 5 ribu ringgit atau sebat tidak lebih 6 sebatan atau kombinasi mana-mana hukuman itu. (3,5,6)
    2. Bidang kuasa ini masih rendah atau sempit jika dibandingkan dengan bidang kuasa Mahkamah Majistret Kelas Pertama. Akta Mahkamah Rendah 1948 memberi bidangkuasa jenayah kepada Mahkamah Majistret Kelas Pertama menjatuhkan hukuman sehingga sepuluh tahun penjara atau rotan 12 kali atau gabungan kedua-dua.
  6. Akta Undang-undang Sivil 1972
    1. Kini ia menjadi ‘hub’ mengaut common law ke dalam mahkamah sivil Malaysia.
    2. Perlu dipinda untuk mengimport prinsip Islam dalam akta ini.
  7. Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutan Senarai Persekutuan, Senarai Negeri dan Senarai Bersama.
    1. Parlimen menggubal undang-undang dalam Senarai Persekutuan dan Senarai Bersama manakala Dewan Undang Negeri menggubal undang-undang dalam Senarai Negeri dan Senarai Bersama.
    2. Perkara jenayah terletak di dalam item 4 Senarai Persekutuan. Jika undang-undang hudud tertentu seperti mencuri ingin digubal oleh Dewan Undang Negeri Pindaan terhadap Item 4 ini perlu dilakukan terlebih dahulu.

Pandangan Prof Ahmad Ibrahim
  1. Menerima perlembagaan Malaysia itu secara positif berusaha melaksanakannya supaya menegakkan prinsip-prinsip kerajaan lslam.

23 Disember 2013
10.50 malam

1 Penulis bebas dan penganalisa isu syariah, sosial. .Menulis makalah dalam pelbagai majalah dan web untuk skop sejarah, sosial, ekonomi, sains dan isu antarabangsa. Penulis boleh dihubungi melalui : jihadin82@yahoo.com/ 017-6291368.
2 Dr.. Zulkifli Hasan Exco ABIM Pusat (Syariah dan kewangan Islam) Timbalan Pengerusi BIRO Aantarabangsa dalam presentasi bertajuk : Tentangan Pelaksanaan Syariah di Malaysia: Tohmahan dan Kefahaman (Perspektif Undang-undang)
3 Dr. Abdul Aziz Bari, Islam dalam Perlembagaan Malaysia, 2005

4 Ibid 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...