Pembaca Setia

Thursday, March 14, 2013

Siapa Iktiraf Pencerobohan Sulu ke Sabah


Siapa Iktiraf Pencerobohan Sulu ke Sabah
Muhammad Nuruddin Bashah

Daripada media Filipina rakyat menyedari bahawa perlembagaan Filipina memasukkan Sabah sebagai salah sebuah wilayahnya! Melalui media-media  juga rakyat kita menyedari bahawa kerajaan Malaysia membayar pajakan tahunan kepada waris kesultanan Sulu. Hal ini kerana isu ini terlalu kompleks, banyak hubungkait malah mampu mencetus kontroversi besar.

Isu sama ada Sabah dipajak atau disewa telah di jawab oleh Menteri Hal Ehwal Datuk Seri Anifah bahawa bayaran tahunan RM5, 300 dibuat kepada waris sultan Sulu adalah pembayaran wang 'penyerahan adalah untuk penyerahan Sabah dan bukannya sewa menyewa antara Malaysia dengan Sulu.
Isu sewa menyewa mungkin tidak ghairah untuk diperdebatkan. Perkara pokok yang ingin diketahui masyarakat kita ialah siapa dalang yang merestui tindakan pencerobohan dan keganasan di Sabah hari ini.

1.            Siapa iktiraf Jamalul Kiram III?
Dalam mikrospektif, isu parti kerajaan parti pembangkang menjadi dalang adalah hangat diperkatakan. Bagi makrospektif yang lebih luas dan berskala besar, siapa yang mengiktiraf kelompok keganasan tersebut juga perlu dibongkar dan diketahui masyarakat dunia.
Sinar Harian telah melaporkan pada 11 Mac 2013 bahawa  Kesultanan Sulu Darul Islam (SSDI) yang diketuai oleh Sultan Bantilan Muhammad Muizzuddin II Datu Wasik Aranan menegaskan kesultanannya tiada kena mengena dengan insiden keganasan di Sabah. Pihak yang menyerang Sabah mengaku sebagai Sultan Sulu, siapa pula Sultan Bantilan ini dan mengapa ada penafian dipihaknya pula?
Hal ini tidak hairan kerana hari ini dikatakan hampir 60 individu berdarah raja dan separa raja telah mengaku sebagai Sultan Sulu yang sah. Ada yang dilantik oleh Filipina, ada yang dilantik oleh pengikut sendiri malah ada yang hanya mengeluar kenyataan media tanpa ada rakyat sekalipun!

Malaysia sebenarnya secara diplomatik rasmi, tidak mengiktiraf kedaulatan Kesultanan Sulu walaupun dalam masa yang sama membayar pajakan Sabah RM5,300 setahun kepada 9 orang Waris Kiram (Wakil Kesultanan Sulu) hingga hari ini.

Walaupun istilah sewa, pajak atau wang penyerahan digunakan ia masih tinggal sebagai misteri. Hakikatnya dokumen asal perjanjian tidak pernah dibongkar kepada tatapan umum malah selagi mana isu ini diselesai cara ‘pintu belakang’ ia kekal sebagai misteri dan dimanipulasi menjadi kontroversi berpanjangan.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Luar SSDI, Datuk Zakaria Abdullah berkata, sebelum ini SSDI tiada niat mahu menuntut Sabah secara kekerasan, kecuali melalui proses perbincangan yang aman.
Jika ditinjau sejarah, pada Perjanjian 1878 antara Alfred Dent dan Baron von Overbeck Syarikat Borneo Utara British dan Sultan Sulu menyatakan bahawa Sultan Sulu menyerahkan wilayah Borneo Utara selama-lamanya, dan waris berhak untuk menerima bayaran tahunan sebanyak 5,300 Pesos Mexico sebagai pampasan penyerahan bukan sewaan.

Walaupun mungkin pernah ada klaus Sabah didakwa sebagai wilayah Filipina, kini  Sabah telah diiktiraf oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebagai sebahagian daripada Malaysia.
Bagi golongan gerilla pula terdapat dua puak yang dominan. Moro Islamic Liberation Front (MILF)  diketuai pengerusinya Al-Haj Murad Ebrahim yang konservetif Islam, manakala Moro National Liberation Front (MNLF) yang diketuai oleh Nur Misuari lebih radikal tetapi liberal.

SSDI iaitu Sultanate Of Sulu Darul Islam ingin menyerap masuk MILF ke dalam gerakan SSDI.
Awal Februari 2013, Jamalul Kiram III menghantar kumpulan bersenjata yang diketuai adiknya Azzimudie Kiram ke Kampung Tanduo, Lahad Datu untuk menuntut Sabah yang didakwanya sebagai kampung halaman nenek moyang mereka dan mendakwa mereka ada hubungan baik dengan MNLF dan sebagainya.

2.            Ada dua sistem pewaris takhta Sulu?
Sultan Bantilan Muhammad Muizzuddin II di Jolo Sulu yang menolak Perjuangan Kiram iaitu pemerintah  diangkat oleh SSDI.  Baginda adalah seorang pemidato, peniaga yang berjaya, pandai mengatur manusia, mahir dalam diplomasi, dan mendapat dokongan generasi muda  etnik Tausug. Beliau adalah pemerintah bagi generasi pewaris kedua. Manakala Jamalul Kiram III dan Esmail Kiram II adalah jalur generasi pewaris pertama.

Jamalul Kiram III dikatakan bukan merupakan keturunanan kepada sembilan “waris sah” Jamalul Kiram II, seperti yang tercatat dalam “Penghakiman Macaskie” pada 1939 untuk melayakkannya menerima bayaran bagi penyerahan wilayah Sabah.

Keluarga Kiram gemar mengusung bendera Filipina bersama mereka ke hulu ke hilir dan kelihatan cuba melobi Manila untuk kepentingannya sendiri.
Suatu ketika berlaku penggiliran Sultan dari keluarga Kiram (keluarga Pertama) dan Keluarga Aranan (keluarga Kedua). Kegemilangan Kesultanan Sulu benar-benar berada di puncaknya di zaman pemerintahan Pewaris Kedua, Sultan Bantilan Muizzuddin I ibni Sultan Badaruddin I.

Kini, perlantikan Sultan Bantilan Muizzuddin II ibni Datu Wasik Aranan yang dinaikkan oleh UTC (United Tausug Citizens) pada 19hb Mac baru-baru ini bertujuan mengulang  semula sejarah kegemilangan Kesultanan Sulu di tangan Keluarga Waris Kedua.




HRH Sultan Bantilan II sedang menandatangani Rang Undang-undang Perlembagaan SSDI selepas persidangan. PBMM Al-Sultan Bantilan Muizzuddin II signing the SSDI Constitution with Chief Minister Datu Al-Amhali.


Pewaris Pertama adalah melalui zuriat keturunan Sultan Azimuddin / Alimuddin I ibni Sultan Badaruddin I dari isterinya gadis Bugis dari Soopeng, Sulawesi. Digambarkan dalam bendera Sulu dengan Lambang Keris. Terbahagi pula kepada dua keluarga iaitu  keluarga Kiram dan keluarga Shakiraullah.

Manakala Pewaris Kedua pula adalah melalui daripada zuriat keturunan Sultan Bantilan Muizzuddin ibni Sultan Badruddin I, dari isterinya seorang Puteri anak pemerintah Puak Tidung di Kalimantan Timur, dikenali sebagai Keluarga Maharajah Adinda. Digambarkan dalam bendera Sulu dengan Lambang Tombak.

Kontroversi juga berlaku semasa perlantikan Sultan Bantilan (keluarga pewaris kedua) yang kini menolak keganasan di Sabah. Nama sebenar beliau ialah Datu Ladjamura bin Datu Wasik. Asalnya beliau dihantar ke Sulu oleh Majlis Di Raja Sulu sebagai wakil jurucakap kepada keluarga Pewaris Kedua untuk memberikan penerangan kepada rakyat Sulu mengenai kewujudan Pewaris Kedua dan hak untuk menghidupkan semula Kesultanan Sulu daripada penindasan dan mainan Kerajaan Filipina.
Tetapi beliau akhirnya bekerjasama dengan United Tausug Citizen (UTC) sebelum diangkat oleh organisasi tersebut sebagai Sultan Sulu dengan gelaran Sultan Bantilan Muizzudin II. Tindakan ini sangat mengejutkan dan mengecewakan seluruh ahli keluarga Pewaris Kedua.

Justeru itu, tiada siapapun daripada kalangan keluarga Maharajah Adinda yang menyokong perlantikannya. Selain itu khabarnya   UTC inilah dalang yang telah mencetuskan kontroversi apabila mengedarkan Sijil Kelahiran Kesultanan Sulu di Sabah satu ketika dahulu.

Kembali kepada isu SSDI. Matlamat SSDI berbeza dari MNLF dan MILF yang lebih memperjuangkan satu kesatuan antara Sulu dan Mindanao menjadi Republik Moro. Umum mengetahui MNLF dan MILF serta serpihan mereka yang lain sudah hampir 40 tahun berjuang dengan senjata untuk Republik Moro hingga hari ini tetapi masih gagal.

Tidak hairan jika kita melihat Mufti Sultaniyah Sulu Darul Islam (SSDI) di Indonesia Datu Paduka Shar'ie Habib Rizieq Syihab (Ketua umum FPI) menolak perjuangan keganasan di Lahad datu baru  -baru ini.
Datu Habib Zakaria Abdullah sebagai Menteri Luar SSDI dan Datu Habib Rizieq Shihab sebagai Mufti besar SSDI yang tinggal di Jakarta menjelaskan pendirian Sultan Bantilan, para Datu dan Syarif serta rakyat SSDI, bahawa pencerobohan bersenjata ke atas wilayah kedaulatan Malaysia sebagaimana yang berlaku di Lahad Datu itu bukan sahaja  tidak dapat diterima oleh rakyat Malaysia malah juga oleh rakyat Sulu secara majoriti.

3.            Filipina tolak Jamalul Kiram III dan keluarga diRajanya
Kerajaan Filipina tidak pernah mengaku Sultan Jamalul Kiram III itu dan adiknya Sultan Esmail Kiram II (juga mengaku sebagai sultan)  itu sebagai etnik Filipino dalam banyak kenyataan akhbar walaupun Sultan Jamalul Kiram III itu dan adiknya Sultan Esmail Kiram II telah membuat kenyataan video kononnya sebagai rakyat Filipina beliau mahukan bantuan Filipina untuk merampas Sabah.
MILF kelihatan giat  berunding  dan berdiplomasi dan mengakibatkan , kumpulan gerila di dalam MILF yang bosan telah keluar dan membentuk kumpulan baru Bangsamoro Islamic Freedom Fighters (BIFF) yang ketuai oleh Ameril Umbrakato.

Sultan Jamalul Kiram III, Sultan Esmail Kiram II adalah anak-anak Datu Punjungan Kiram yang mengangkat diri jadi Sultan Sulu sama-sama. Walau pun setiap mereka mengangkat diri jadi Sultan Sulu namun mereka nampak akrab walhal dalam Protokol Kenaikan Sultan Sulu tidak membenarkan dua sultan dalam satu masa. Hal ini jelas membuktikan mereka tiada legitimasi bersuara hal Kesultanan Sulu.

Keluarga Kiram sangat terancam dengan gerakan SSDI oleh Sultan Bantilan II di kepulauan Sulu.
Sebelum ini  SSDI yang dipimpin oleh Sultan Bantilan telah maklum  bahawa muncul satu gerakan bersenjata sedang  dilatih dengan keahlian lebih kurang 400 orang lelaki. Mereka ialah gerakan keluarga Kiram. Sultan Bantilan  kemudian telah mengeluarkan kenyataan SSDI berlepas diri dari sebarang tanggungjawab, yakni SSDI tiada kaitan dengan mereka. Beliau juga  menghantar mesej ke Sabah khusus kepada ahli SSDI yang sedang bekerja di sana agar memastikan ahlinya tidak terlibat dengan sebarang gerakan bersenjata.



4.            Bagaimana kronologi penyerahan Sabah/Borneo?
  • Pada tahun 1878 Gustavus Baron de Overbeck memperolehi pemberian wilayah-wilayah di Borneo dari Sultan Jamalul A'Lam.
  • Pada 22 April 1903 Sultan Jamalul Kiram menandatangani satu dokumen yang dikenali sebagai "Pengesahan penyerahan 'pulau-pulau tertentu", di bawah apa yang sama ada dia memberikan dan diserah atau dipajak pulau tambahan dalam kejiranan tanah besar Borneo Utara dari Pulau Banggi Sibuku Bay kepada Syarikat Borneo Utara British. Jumlah 5,000 dolar setahun yang perlu dibayar setiap tahun meningkat kepada 5.300 dolar setahun yang perlu dibayar setiap tahun.
  • Kesultanan Sulu pula pupus pada 1917, di era penjajahan Amerika di Filipina yang turut meliputi Kepulauan Sulu.
  • Pada tahun 1936, selepas kematian Sultan Jamalul Kiram, Kerajaan Filipina memutuskan tidak untuk mengiktiraf yang kewujudan berterusan Kesultanan Sulu.
  • Sultan terakhir Sulu mati pada 1930an dan British menghentikan bayaran pajak kepada waris.
  •  26 Jun 1946 perjanjian antara Syarikat Borneo Utara British dan Kerajaan British di mana Syarikat Borneo Utara British melepaskan kepentingan, kuasa dan hak-hak berkenaan Negeri Borneo Utara kepada Mahkota British, di mana Negeri Borneo Utara menjadi tanah jajahan British.
  • Rakyat Sabah mengundi untuk menyertai Malaysia dalam referendum yang diadakan pada tahun 1962, yang telah dianjurkan oleh Suruhanjaya Cobbold.
  • Sabah diserap dalam Malaysia pada 1963 melalui pembentukan Malaysia. Filipina dan Indonesia menentang pembentukan Malaysia. Indonesia melancarkan  konfrontasi atas kepentingan politiknya. Filipina pula secara rasmi memulakan tuntutan ke atas Sabah pada 1962, setahun sebelum Malaysia ditubuhkan.
  • Pada 24 Mei 1974, Presiden Filipina Ferdinand Marcos mengeluarkan Perintah Memorandum Presiden 427 yang mengiiktiraf Datu Moh. Mahakuttah A. Kiram sebagai Sultan Sulu. Terbukti jawatan Sultan Sulu dianggap mainan dan alat oleh kerajaan Filipina.
  • Pada tahun 1977, dalam ucapannya di Sidang Kemuncak Asean yang diadakan di Kuala Lumpur, Marcos secara rasmi pula mengumumkan penarikan balik tuntutan Filipina ke atas Sabah.
  • Pada tahun 1989 pula , kerajaan Filipina telah meredam tuntutan demi kepentingan meneruskan hubungan dengan Kuala Lumpur malah pada Feb 12, 1989 Sultan Jamalul Kiram III (yang diiktiraf sementara untuk menjadi alat Filipina)  dibatalkan kuasanya sebagai wakil kepada kerajaan Filipina untuk menuntut Sabah.
5.            Filipina perguna Institusi Kesultanan Sulu
Selama ini calon sultan dicari oleh Filipina untuk diistiharkan sebagai Sultan Sulu bagi membolehkan Filipina menuntut Sabah bagi pihak Kesultanan Sulu yang pupus.
Ironinya, Filipina sendiri tak pernah berhasrat untuk mewujudkan semula Kesultanan Sulu. Jika Filipina mendapat Sabah sekalipun, ia sekadar akan menjadi wilayah baru Filipina tetapi Kesultanan Sulu tetap tak akan diwujudkan semula.


6.            MNLF dan keluarga Jamalul KIram III
Sebelum ini Wikileaks mendedahkan berkenaan dengan hubungan anak Sultan Jamalul  Kiram III terhdap kumpulan pemberontak yang terkenal di Filipina MNLF yang dipimpin oleh Dr.Misuari.
Ramai percaya MNLF yang menaja dana sehingga mampu membiayai Sultan Jamalul Kiram III ini.

Tetapi kemudiannya Muslimin Sema pengerusi Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) mengeluar kenyataan mengiktiraf dan menghormati keputusan rakyat Sabah menyertai Malaysia pada 1963  
Menurut sumber berita malaysiakini 13 Mac 2013, beliau berkata rakyat Sabah berhak menentukan masa depan mereka dengan menyertai Malaysia 50 tahun lepas dan hak ini tidak boleh dipertikai mana-mana pihak.

Muslimin Sema, yang juga naib Datuk Bandar Cotabato City di selatan Filipina, mengakui kebahagiaan yang dinikmati rakyat negeri itu setelah menyertai Malaysia semasa berkunjung ke situ pada tahun 1973 lalu.
Secara umum kita mengetahui pengganas daripada pihak Jamalul Kiram II ini tidak pernah diiktiraf sesiapa malah ia merupakan parasit yang boleh dimanipulasi pihak tertentu untuk mencetus ketegangan antara wilayah.


Muhammad Nuruddin bin Bashah
31 Laluan Permai Puteh 8,
Taman Siputeh Permai,
31560 Siputeh, Perak. 017 6291368


Sunday, March 3, 2013

Sinar Islam Tidak Akan Padam


Sinar Islam Tidak Akan Padam
Muhammad Nuruddin Bashah
Bc Hons Eng UM
Tajuk ini amat cocok  apabila kita tekuni hadis Rasulullah daripada i Tsauban r.a berbunyi "Senantiasa ada sekelompok umatku yang dimenangkan atas kebenaran. Tidak akan membahayakannya orang yang memusuhinya hingga Hari Kiamat sedangkan mereka tetap seperti itu (berada dalam kebenaran)." [3544] Sahih Muslim.

Selagi mana ada kelompok islam yang Allah anugerahkan kemenangan baik dari aspek kemenangan peperangan, intelektual, pembangunan, ekonomi, politik mahupun kemenangan mencipta sistem pendidikan Islam, selagi itulah kitaakan menyaksikan kemenangan agama Islam dan syariahnya.

Lantaran itulah tiada sesiapa yang mampu memusnahkan cahaya syariah islam yang dicaturkan menjadi Standard Operating Procedure (SOP)  atau Polisi Manual  bagi siasah kehidupan manusia sejagat walaupun sejuta intelegensia musuh islam cuba merencasnakan untuk memadam Islam.
Perlambangan paling popular mengambarkan hasad musuh Islam terpancar melalui kata-kata ini,

Selagi al Quran ini berada di tangan orang-orang Islam maka selagi itulah kita tidak dapat menguasai mereka. Kerana itu kita mesti jauhkan al Quran dari mereka atau berusaha membuat mereka tidak lagi mencintai al Quran.” Demikian kata-kata Gladstone (1809-1898) semasa berucap dalam House of Common Britain. Kemudian beliau  menghempaskan al Quran ditangannya  ke lantai.
Apabila Tahir Basya Gabenor Van  membaca berita itu dalam surat khabar dan dimaklumkan kepada Badiuzzaman Said Nursi, dengan penuh semangat Said Nursi berkata pula,

Aku akan buktikan kepada dunia bahawa al Quran itu bagaikan matahari. Cahayanya tidak akan padam dan tidak siapa boleh memusnahkannya.”
Sejauh mana perancangan untuk mematikan cahaya rujukan ulung Islam iaitu Al Quran, kitab ini tetap ditakdirkan berlegar di dalam korpus intelektual umat bukan Islam.





Terjemahan Al Quran berbahasa Latin yang paling masyhur adalah milik Louis (Ludovico) Maracci, seorang pastur berbangsa Itali.
Terjemahan Al Quran karya Maracci itu menyertakan teks Arab dan ulasan panjang yang menceritakan penolakan terhadap Islam pada  1691. Terjemahan Al Quran karya Marracci itu kemudian dicetak di Eropah pada  1697.

Sebelumnya, sekitar tahun di tahun 1209 atau 1210, upaya penerjemahan Al Quran ke dalam bahasa Latin juga telah dilakukan oleh Marco de Toledo. Marco de Toledo adalah seorang doktor berbangsa Sepanyol.
Terjemahan Al Quran berbahasa Itali pula adalah terjemahan pertama ke dalam bahasa bangsa-bangsa Eropah moden. Versi terjemahan bahasa Itali itu pertama kali diterbitkan pada 1547 di kota Venice dengan nama L'Alcorano di Macometto.

Terjemahan Al Quran bahasa Itali karya Andrea Arrivabene tersebut merupakan hasil penerjemahan karya terjemahan Petrus Agung. Setelah karya Arrivabene ini, tidak lagi ditemukan karya-karya terjemahan Al Quran berbahasa Itali lainnya hingga  1882 sebuah terjemahan Al Quran berjudul Il Corano diterbitkan di kota Milan.
Kemudian  dalam period masa  1649 hingga 1970, lebih dari 295 terjemahan sempurna dan 131 terjemahan selektif ayat  dilakukan ke dalam bahasa Inggeris.
Karya terjemahan Al Quran versi bahasa Inggeris pertama kali dibuat oleh Alexander Ross pada 1649 dengan menceduk  terjemahan Al Quran berbahasa Perancis, iaitu  L'Alcoran de Mahomet.
Namun, dalam  banyak-banyak  terjemahan Al Quran dalam bahasa Inggeris, terjemahan George Sale adalah yang paling terkenal.  Sale merupakan seorang orientalis berkebangsaan Inggeris. Beliau menerjemahkan Alquran pada 1734, dan diberi judul The Alcoran of Mohammed.
Terjemahan Alquran karya Sale ini bahkan menjadi salah satu koleksi buku yang dimiliki oleh pendiri Amerika Syarikat Thomas Jefferson.

Sejumlah sumber sejarah menyebutkan terjemahan karya Sale ini sudah dicetak sebanyak 35 kali. Ensiklopedia Dunia Penterjemahan Al Quran, karya Sale ini telah diulang cetak sebanyak 105 kali.
Pendeta Gereja Noremberg, Salomon Schweigger, adalah orang yang pertama kali melakukan penterjemahan Al Quran ke dalam bahasa Jerman. Ia menterjemahkan Al Quran tersebut dari sebuah terjemahan Al Quran berbahasa Itali karya Andrea Arrivabene.
Terjemahan karya Schweigger ini dicetak pertama kali pada 1616 dan diberi nama Alcoranus Mahometicus. Karya Schweigger ini dicetak ulang pada tahun 1623, 1659 dan 1664 dalam wajah baru.
Penterjemahan Al Quran ke dalam bahasa Perancis dilakukan pertama kali oleh Andre du Ryer pada  1647 yang sebelumnya tinggal lama di Istanbul dan Mesir. Du Ryer yang merupakan orientalis berbangsa Perancis itu memiliki penguasaan terhadap bahasa Arab secara baik. Ia menerjemahkan Al Quran ke dalam bahasa Perancis secara langsung daripada teks aslinya bahasa Arab.

Judul terjemahannya diberi nama L'Alcoran de Mahomet (Qur'an Muhammad) dan dicetak di Paris. Sampai tahun 1775, terjemahan ini telah dicetak ulang sebanyak 20 kali dan memiliki pendahuluan berjudul 'Sekilas Tentang Mazhab-Mazhab Bangsa Turki'.

Karya terjemahan Al Quran dalam bahasa Belanda pertama kali dibuat pada 1641 di kota Hamburg, Jerman, dengan nama De Arabische Alkoran. Namun tidak diketahui siapa penulis karya tersebut. Yang dapat diketahui hanyalah terjemahan tersebut ‘menyalin’ dari terjemahan Al Quran berbahasa Jerman karya Salomon Schweigger.

Seketat mana musuh ingin kecilkan ruang untuk Islam memasuki daerah mereka, seluas saujana mata pula ruang dibuka olah Allah.
Kini aktivis Islam dilarang bercertamah aktif di seluruh Eropah. Menurut Islamonline.net, pendatang yahudi di Itali telah mempengaruhi dan melobi pemerintah Eropah agar menyekat sebilangan nama ulama’ seperti;
  1. Prof. Yusuf Al Qaradhawi
  2. Dr Nadia Yasin
  3. Sheikh rasyid Al Ghanushi
  4. Dr Tareq Ramadhan dan beberapa nama lagi.
Usaha itu hanya sia-sia kerana kuasa Allah melebihi perencanaan mereka.
Buktinya:
  1. Musuh nombor 2 Islam dunia Tony Blair kini menghayati terjemahan Al Quran setiap hari. beberapa bulan selepas meninggalkan No 10 Downing Street pada 2007, Blair mengikut fahaman Katolik dan kini rajin menelaah al-Quran. Bekas pemimpin Parti Buruh itu berkata, hasil pembacaan al-Quran beliau dapat memastikan dirinya sentiasa celik agama[1].
  2. Adik Ipar Tony Blair kini menganut Islam dan menutup aurat. Daily Mail Online 24 Oktober 2010 melaporkan, wartawan dan jurnalis Lauren Booth, 43 – adik ipar Blair - kini memakai tudung yang menutupi kepala setiap kali dia meninggalkan rumahnya, mendirikan solat lima waktu sehari dan mengunjungi masjid setempat 'jika ada kesempatan[2]'.
  3. Bekas   Pengarah Inteligen AS di Kedutaan AS di Riyadh antara tahun 1996-1999  John Brennan menganut Islam. Brennan telah memeluk Islam di Saudi dan telah mengunjungi Mekkah dan Madinah pada saat musim haji didampingi petinggi-petinggi Saudi, mungkin hatinya tertarik dengan Islam kemudian diam-diam ia menyatakan masuk Islam. Brennan, merupakan Senior di CIA pada masa pemerintahan mantan Presiden George Bush[3].
  4. Di saat bencinya Ahli Parlimen Belanda Geert Wilders terhadap umat Islam di Belanda sehingga menerbitkan Filem Fitna, Islam kian berkembang di Belanda! Berdasarkan data statistik Central Bureau de Statistiek 1994, jumlah umat Islam dari 15,341,553 jumlah penduduk Belanda ketika itu , menempati posisi ketiga (3.7%), setelah Katolik  (32 %), dan Kristian Protestan (22 %). Pada akhir tahun 2004, perkiraan jumlah umat Islam di Belanda meningkat sekitar 944.000 Muslim, dan 6.000 diantaranya adalah warga asal Belanda. Hingga pada awal tahun 2010, umat Islam daripada kalangan bangsa Belanda sendiri sudah mencapai angka kurang lebih 12.000 dari jumlah penduduknya yang ada sekitar 15 juta lebih.
Umat Islam Malaysia sewajarnya optimis dan menjadikan kenyataan Sheikh Dr Ahmad Totonji bahawa Islam akan kembali memimpoin dunia sebagai motivasi terbaik. Beliau memberi semangat kepada ratusan peserta Seminar Kongres Dunia Islam 2012 di Kelantan pada 1 hingga 5 Disember 2012 yang lalu.
Walaupun dunia Islam memegang kekayaan dari aspek hasil bumi namun kelihatan ia masih jauh daripada berjaya dipacu ke arah kebangkitan ummah. Namun begitu dunia mengakui kekayaan negara-negara Islam. Bank Dunia kini mengisytihar 15 negara umat Islam sebagai terkaya di dunia. Al-Waqalat menyiarkan berita bahawa Qatar sebagai negara terkaya memgang aset sebanayak pendapatan perkapita $88919 pada tahun 2011.

Dunia Eropah Timur yang suatu ketika dahulu menjalankan aktiviti basmi agama dan kebudayaan dan menjadikan Islam sebagai mangsa utama kini terpaksa akur dengan kebanjiran Islam ke negara mereka.
Tabloid Izvestia di Rusia memaklumkan sekitar 300 orang warga komunis Rusia telah menganut Islam secara serentak selepas mengkaji kerosakan sistem Komunisme.
Umat Islam Ukraine yang suatu ketika diperintah oleh Komunis USSR, kini berusaha membaik pulih banyak masjid-masjid klasik mereka. Menurut Arabnews umat Islam di Ukrain hanya sekitar 5% daripada sejumlah 48 juta penduduk Ukraine kini bertekad memartabatkan syariat Islam di sana walaupun majoritinya adalah golongan miskin tegar.


Perancis Langgar Mali, Kerana Pengganas atau Laba?K


Perancis Langgar Mali, Kerana Pengganas atau Laba?
Muhammad Nuruddin Bashah
Di saat Malaysia bergelut menangani isu penceroboh daripada Selatan Filipina di Lahat Datu Sabah, dunia Asia Tengah dan Eropah pula sedang memerhatikan isu ‘keganasan’ di Mali yang dikatakan sebagai lubuk pengganas. Barat boleh melabel sesiapa sahaja sebagai paksi pengganas. Daripada Afghanistan. Pakistan, Iraq sehinggalah Korea utara mereka sewenang-wenangnya mendappat pangkat ‘proksi atau pusat pengganas antarabangsa’. Walaupun begitu warga antarabangsa sedar kepura-puraan dan tuduhan tanpa asas Amerika da Barat itu tambah-tambah apabila ada unsur berat sebelah Amerika terhadap isu perlancaranroket oleh KoreaUtara barui baru ini berbanding dengan Iraq dan Afghanistan yang jelas tiada bukti memiliki WMD (Weapon Mass Destructive)

 
locator map of Mali

Menurut  sumber AFP, pada 21 januari 2013 yang lalu, Pasukan Perancis dengan kerjasama kerajaan Mali, mulai memasuki kota Diabaly yang menjadi sasaran serangan udara dan pertempuran sejak dikuasai pasukan yang digelar ‘pemberontak Islam’ sebulan yang  lalu.
Sepertimana Somalia, kebangkitan pemberontak bukan disebabkan isu politik tetapi disebabkan pihak Barat tidak selesa dengan kebangkitan majlis Ulama’ Somalia yang mulai diterima rakyat. Di sini Mali walaupun sebuah negara miskin tetapi pernah ditadbir oleh Empayar Islam dan berlawanan dengan Etopia yang dikuasai Kristian. 

Konvoi sekitar 30 kendaraan lapis keluli  yang membawa 200 tentara Perancis dan Mali masuk ke Diabaly pukul 9.00 GMT atau pukul 16.00 WIB tanpa mendapatkan perlawanan bererti.

Sebelum pasukan darat kedua negara ini memasuki Diabaly, militer Perancis terus melakukan serangan udara dengan menggunakan jet dan helikopter tempur.

Mudah sahaja tindakan ketenteraan Perancis ini dikaitkan dengan laba dunia kerana bumi Mali memang kaya dengan Uranium dan emas. Kumpulan nuklear Perancis, berkata baru baru ini bahawa  mereka telah meningkatkan tahap keselamatan ke atas operasi perlombongan uranium di Niger[1].

Syarikat tenaga Perancis, AREVA, telah lama mengetahui kewujudan sumber uranium di wilayah Mali di mana syarikat tersebut telah mengekstrak sumber tenaga di sana selama beberapa dekad[2].
Bukan sahaja Perancis malah majoriti negara Afrika mulai risau jika konflik ini memberi manfaat kepada kelompok ‘pemberontak’.
Chad telah menghantar 2.000 tentera dan akan bekerja sama dengan tentara Mali dan pasukan Afrika Barat di sana.
Nigeria pula sebelum itu   menjanjikan 900 tentaranya. Niger, Burkina Faso, Togo, Senegal, Guinea dan Ghana juga membantu kerajaan  Mali manakala PBB telah merestui pasukan multinasional dengan kekuatan 3300 askar. Fakta ini menggambarkan betapa konflik ini bersignifikan besar kepada negara jiran Mali dan masyarakat antarabangsa[3].

Bagaimana isu ini bermula?
Kumpulan tempatan yang dikenali sebagai puak Tuareg dituduh mempunyai hubungan secara tidak langsung dengan kumpulan al-Qaeda. Puak Tuareg merupakan salah satu puak Arab barbar yang memiliki taburan populasi luas antaranya di Mauritania, Maghribi, Senegal dan Sahara Barat. Puak Tuareg ingin  menuntut kemerdekaan di negara tersebut setelah kematian Muammar Gaddafi[4].
Pada 17 Januari 2013, Presiden Mali Amadou Toumani Touré digulingkan melalui kudeta. Azawad National Liberation Movement  MNLA dan Ansar Dine mengambil alih seluruh wilayah Mali Utara. Ansar Dine, AQIM dan MOJWA mengambil alih seluruh kota di Mali Utara.

Siapa kumpulan yang digelar pengganas tersebut? Terdapat beberapa kumpulan terlibat dengan tujuan pelbagai sepertimana di Somalia. Azawad National Liberation Movement (MNLa) yang menginginkan kemerdekaan tanah air.  Mereka berbeza tujuan dengan kelompok Islam Ansar ad-Din yang kini mulai bekerjasama dengan Mujahidin AQIM. Antara kumpulan militan yang didakwa aktif beroperasi di rantau tersebut adalah Al-Qaeda Islamic Maghribi (Aqim), Pergerakan Individu dan Jihad di Afrika Barat (Mujao), Pergerakan Pembebasan Kebangsaan Azawad (MNLA), Boko Haram dan Anshar Ad-Din yang dipimpin Iyad ag Ghali (dari puak Tuareg mewakili kumpulan tempatan).

Ansar ad-Din ingin menerapkan hukum Syariah di wilayah Mali utara dan mereka berhasil mengambil keuntungan atas konflik yang terjadi di Mali.
Ansar ad-Din dipimpin oleh Iyad Ag Ghaly, yang memainkan peranan penting  dalam dua pemberontakan sebelumnya di Tuareg pada tahun 1990 dan 2007.  Tujuan mereka untuk menegakkan Islam dan  menjauhkan diri dari nasionalisme dan telah mengembangkan hubungan dengan AQIM[5].

Sejak 17 Januari 2012, kelompok di atas  melancarkan kempennya  terhadap pemerintah Mali untuk meraih kemerdekaan atau autonomi lebih luas bagi Mali utara, sebuah wilayah yang dikenal dengan nama Azawad. Gerakan Nasional untuk Pembebasan Azawad (MNLA), organisasi yang berjuang menjadikan Azawad tanah air bagi suku Tuareg, berhasil mengambil alih kawasan tersebut pada April 2012. MNLA awalnya dibantu oleh kelompok Islam Ansar Dine. Setelah militan kerajaan  Mali diusir dari Azawad, Ansar Dine mulai melaksanakan hukum syariah secara ketat. Sejak itu, MNLA terus bertentangan dan bertempur melawan Ansar Dine dan kelompok Islamik lain bernama Gerakan Persatuan dan Jihad di Afrika Barat (MOJWA), pecahan dari Al-Qaeda di Maghreb Islam[6].

Setelah berakhirnya pertempuran dengan Angkatan Darat Mali, MNLA dan Islamis terus menyatukan visi mereka yang saling bertentangan untuk negara baru tersebut.

Perancis mengambil kesempatan untuk menghantar 4 000 - 5 000 pasukan tenteranya ke negara Afrika Barat tersebut. Campur tangan tentera Barat itu kononnya bertujuan untuk membebaskan negara tersebut dari cengkaman militan. Rata-rata media percaya konflik ini dirancang secara sulit oleh pihak-pihak tertentu yang berkepentingan di kawasan tersebut.
Sebagaimana yang sudah dijangka, keadaan persekitaran di Mali menjadi semakin tegang apabila Perancis masuk campur urusan negara tersebut dengan bertindak mengebom sepanjang perbatasan Algeria, negara yang berjiran dengan Mali yang didakwa kubu kumpulan puak Tuareg[7].

Perancis, selaku negara bekas penjajah Mali pada 22 September 1960, mengambil tindakan campur tangan dengan 'keizinan' Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di bawah pengawasan kelompok negara Afrika Barat (ECOWAS).

Alasan untuk menghapuskan Al-Qaeda diguna-pakai untuk menyerang sebuah negara berdaulat.  Kerapkali  ianya digunakan, bagaikan kata-kata keramat.  Walaupun Osama Laden didakwa telah berjaya dibunuh, Amerika dan sekutu masih memerlukan banyak lagi alasan untuk menjustifikasikan mereka memerangi Islam. Jika Islam menguasai tapak laba, emas, minyak mereka, pasti mereka mengamuk bagaimana harimau tertembak.

Seperti Amerika Syarikat yang menyerang Iraq tidak berapa lama dahulu,  Perancis kini mengambil tindakan yang sama, membelakangi Bangsa-Bangsa Bersatu, malah membelakangi Parlimen Negaranya, tergesa-gesa menceroboh Mali, atas alasan untuk menghalang daripada Undang-Undang Syariah Islam ditegakkan di negara tersebut.  Perancis yang satu ketika dahulu pernah mengkritik keras Amerika Syarikat kerana menyerang Iraq, kini mengikut telunjuk, Negara Pembuli Nombor Satu Dunia[8]!

Kini Kementerian Pertahanan Perancis telah mengirim 1.400 tentara ke Mali malah ia ditingkatkan hingga 2.500 orang[9].
Menurut  International Research Islamic Study,  Amerika telah bersumpah  akan terus mencegah ‘pengganas’  mengamankan wilayah yang membuat musuh Amerika (pengganas)  mampu merencanakan, mengatur, melatih, dan menyiapkan operasi mereka. Dan pada akhirnya, Amerika  akan menghapus sama sekali tempat perlindungan tersebut.”
Itulah sumpah yang dilontarkan AS sebagaimana termuat dalam Strategi Nasional dalam Memerangi Terorisme tahun 2006. Dan sumpah itu dibuktikan dimulai dengan serangan terhadap  Somalia pada awal tahun 2007 dengan tujuan memusnahkan jihad di sana. Mereka risau Somalia menjadi ‘safe haven’ baru bagi Al Qaeda dan kelompok jihad lain yang nantinya akan mengancam Barat dan kepentingannya. Ramalan  mereka, Al Qaeda akan memindahkan jihadnya ke Afrika selepas gagal di Afghan dan Pakistan[10].
Ada satu pandangan yang menarik telah penulis perolehi. Pandangan yang mengatakan al Qaeda sebenarnya hanyalah  'phantom of the opera' dalam panggung permainan konspirator dunia. Ia tidak pernah wujud.
Apabila  Perancis serang Maliia  mengingatkan kita dengan Treatise of Tordesillas 1494. Di mana dunia baharu dibahagikan kepada 2 kuasa iaitu Spanyol dan Portugis. Sebarang penjajahan Sepanyol tidak akan diganggu Portugis dan begitulah sebaliknya juga.

Tindakan Perancis ini bukan yang pertama. Beberapa tahun lepas, Perancis  menyerang Chad atas alasan yang sama. Hal ini kelihatan  Amerika  dan Perancis mengambil  tindakan menyekat penguasaan mana-mana gerakan Islam mengikut pembahagian kawasan-kawasan yang tertentu  seumpama dalam perjanjian Treatise of Tordesillas. Logiknya pandangan ini apabila  Amerika  memasuki Iraq, Afghan, Perancis  mendiam diri malah mengkritik pula.  Kini apabila Perancis menjarah Chad dan Mali, Amerika membisu.

Dalam satu tulisan Assed Baig bertajuk The Conflict in Mali Has Nothing to Do With Fighting Terrorists  beliau menyatakan  negara Barat dan bekas kuasa penjajah, telah terlibat dalam lagi konflik lain dengan sebuah negara Afrika, pengeboman dari udara dan menyerang dari tanah.  Perancis sedang berjuang di Mali untuk menghalang  pemberontak  Islam pemberontak yang pelampau, pengganas dan fanatik.
Menurut tulisan itu yang pernah disiar dalam Huffington Post pada  21 January 2013, sekali lagi, seperti di Afghanistan, kami (Assed Baig)  sedang diberitahu bahawa peperangan ini sedang berjuang atas sebab-sebab ideologi. Idea bahawa Perancis telah pergi ke Mali untuk memerangi pelampau adalah satu mitos untuk menghapuskan kebangkitan Islam sama sekali.

Bagaimana Islam hadir di Mali?
Islam telah lama berakar di Mali. Sejak  tahun 700 M hingga seterusnya emas dan garam menjadi barang dagangan di situ,  dan perlahan-lahan Islam mulai berakar pada masyarakat Sahel di Afrika Barat.
Seorang tokoh yang bernama Sundiata Keita mendirikan Empayar Mali dan berperanan penting untuk penduduk Muslim di Afrika Barat pada tahun 1230an. Beliau bergelar "Mansa", istilah lain untuk  Mandinka yang bermaksud Raja[11].

Dalam aspek materialisme, alasan sumber kekayaan adalah antara sebab Perancis bersungguh untuk  membantu penguasa Mali. Mali adalah kaya dengan sumber, uranium dan emas. Ia adalah kerajaan Afrika telah dikenali kerana rizab emas dan kini minyak  dan penerokaan uranium.
Jatuhnya lombong-lombong emas dan uranium kepada mujahidin tidak dapat diterima oleh barat terutama Perancis. Pemberontak dikaitkan dengan stigma tidak tahu berurusniaga. Hanya Barat tahu menggunakan wang[12].

Kini, Mali dikenali sebagai salah satu negara termiskin di dunia. Daya hidup dan tahap celik  huruf di negara itu sangat rendah. Konflik juga kerap melanda negeri ini.
Di saat di bawah naungan kesultanan Islam, Mali pernah menjadi contoh sebuah negeri yang berjaya, yang dicemburui jiran-jirannya. Negara itu benar-benar merupakan lombong dan lubuk emas di padang gurun.

Emas dan kekayaan bumi
Mali terletak di kaki Selatan Gurun Saharadan walaupun tidak memiliki tanah subur, negara itu memiliki sumber daya alam yang berharga yang lebih dari cukup. Lombong  emas dan garam menjadi pusat ekonomi Mali selama ratusan tahun.
Boleh jadi kerana emas dan kekayaan Perancis ingin pertahankan Mali dan kekayaan milik syarikat-syarikat Barat. Dalam masa  yang sama Barat  amat paranoid dengan sebarang aktiviti pertahanan dalam negara Islam dan kesemua kelompok pertahanan ini akan dilebal sebagai pemberontak dan pengganas. Walaubagaimanapun kelompok Islam yang menggunakan senjata untuk melebarkan pengaruh dalam suasana yang tidak dharuri seperti Mali penah ditegur oleh Dr Fathi Yakan dalam bukunya Golongan Yang Tercicir di Jalan Dakwah.

 Benua Afrika akan menjadi lubuk pergelutan Barat selepas Asia Tengah. Dr. Knocks Tapiwa Zengeni, dalam kertas kerjanya yang bertajuk "Sino-African Concerns: Emerging Concerns and Dynamics" yang telah dibentangkan di The Fourth International Conference on International Studies (ICIS 2012), Kuala Lumpur menyebut bahawa benua Afrika yang diketahui kaya dengan pelbagai sumber galian, mineral dan ekonomi kini sedang menjadi 'emerging battleground' di antara dua buah negara kuasa besar dunia iaitu China dan Amerika Syarikat.

Sehingga hari ini, China merupakan negara pedagang utama di Afrika. Dagangan luar China dengan negara-negara di benua tersebut dikatakan telah meningkat lebih 16 kali ganda antara tahun 2000 hingga 2011. Hal ini amat menggusarkan kelompok kapitalis Barat terutama proksi NATO yang dikuasai Amerika-Israel.



[7] sekumpulan askar Mali yang berpaling tadah menggelar diri mereka sebagai Jawatankuasa Kebangsaan bagi Penubuhan Demokrasi (CNRDR) pula merampas kuasa daripada Presiden Amadou Toumani Toure dan turut menggantung Perlembagaan negara tersebut. Ansar Dine di bawah  pimpinan Iyad ag Ghali dari puak pemisah Tuareg turut mengambil kesempatan daripada ketidakstabilan politik di negara itu dan berjaya menawan beberapa bandar termasuk Timbuktu daripada kawalan tentera kerajaan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...